Maharaja Kōkaku
Maharaja Jepun
Maharaja Kōkaku (光格天皇, Kōkaku-tennō, 23 September 1771 – 11 Disember 1840) ialah Maharaja Jepun ke-119, mengikut urutan penggantian tradisional.[1][2] Baginda memerintah dari 16 Disember 1780 dan menurun takhta pada 7 Mei 1817 demi puteranya, Maharaja Ninkō. Setelah melepaskan takhtanya, baginda memerintah sebagai Daijō Tennō (太上天皇, Maharaja Turun Takhta) yang juga dikenali sebagai Jōkō (上皇) hingga kemangkatannya pada 1840. Maharaja seterusnya yang turun takhta atas kehendaknya sendiri adalah Maharaja Akihito, Maharaja Era Heisei, pada 2019, 202 tahun kemudian.
Kōkaku | |
---|---|
![]() Kōkaku | |
Pemerintahan | 1 Januari 1780 – 7 Mei 1817 |
Pertabalan | 29 Disember 1780 |
Nama keputeraan | Morohito (師仁) |
Keputeraan | 23 September 1771 |
Mangkat | 11 Disember 1840 | (umur 69)
Tempat mangkat | Sakuramachi-den (桜町殿) Kyoto |
Dimakamkan | Nochi no tsuki no wa no misasagi, Kyoto |
Pendahulu | Go-Momozono |
Pengganti | Ninkō |
Pasangan | Puteri Yoshiko |
Anakanda | Maharaja Ninkō |
Kerabat diraja | Yamato |
Ayahanda | Putera Kan'in Sukehito |
Bonda | Ōe Iwashiro |
Agama | Shinto |
Rujukan
sunting- ^ Agensi Rumah Tangga Imperial (Kunaichō): 光格天皇 (119)
- ^ Ponsonby-Fane, Richard. (1959). The Imperial House of Japan, pp. 120–122.