Mahanavika Buddhagupta

Batu bersurat Mahanavika Buddhagupta ("Penjelajah Agung Buddhagupta") ialah sebuah batu bersurat Budha dari abad ke-5 M yang ditemukan di Provinsi Wellesley, Pulau Pinang, Malaysia. Prasasti ini ditemukan tahun 1834 oleh Kapten James Low, dari Syarikat Hindia Timur Inggeris.[1]

Batu bersurat Mahanavika Buddhagupta
Salinan dari Batu bersurat Mahanavika Buddhagupta , abad 5 SM, Muzium India, Kalkota
Bahan bakubatu sekis
Ukuran8-9 cm x 66 cm
DibuatAbad 5 M
DitemukanProvinsi Wellesley, Penang, Malaysia
Lokasi sekarangMuzium India, Kolkata
Mahanavika Buddhagupta yang terletak di Malaysia
Mahanavika Buddhagupta
Mahanavika Buddhagupta yang terletak di Asia
Mahanavika Buddhagupta

Batu bersurat ini terbuat daripada batu sekis, selebar 8–9 cm dan setinggi 66 cm .[1] Saat ini, batu tersebut disimpan di Muzium India di Kolkata.[1]

Batu bersurat ini menggambarkan ilustrasi stupa Budha.[1] Tulisannya ialah Brahmi dari India Selatan dan sangat mirip dengan prasasti raja Purnawarman.[1] Buddhagupta mengumumkan dalam Batu bersurat ini bahawa beliau berasal dari Raktamartikka yang di perkirakan ialah Rajbadidanga di Bengal.[1]

Batu bersurat ini merupakan contoh hubungan India dengan Asia Tenggara pada masa lampau dan juga hubungan antara agama Budha dengan Perdagangan.[2]

Batu bersurat lain dari Mahanavika Buddhagupta ialah "Prasasti Sungai Mas I", sebuah batu bersurat Budha, yang ditemukan di Kampong Sungai Mas, Sungai Petani, Kedah dan bertahun sekitar abad ke-5-6 M.[1][3] Batu ini sekarang[bila?] ada di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok, Malaysia.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g Jacq-Hergoualc'h, Micheal (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad) (dalam bahasa Inggeris). BRILL. m/s. 214–220. ISBN 978-90-04-11973-4.
  2. ^ Elisseeff, Vadime (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce (dalam bahasa Inggeris). Berghahn Books. m/s. 56. ISBN 978-1-57181-221-6.
  3. ^ "Sungai Mas stele". www.metmuseum.org.