Mahadzir Mohd Khir
Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir (16 Mei 1945 - 5 September 2012) ialah bekas ahli parlimen P015 Sungai Petani, negeri Kedah, Malaysia selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 atas tiket parti Barisan Nasional. Beliau menjadi ahli UMNO.
Dato' Dr. Mahadzir Mohd Khir DSDK (Kedah); PhD | |
---|---|
Timbalan Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 14 Februari 2006 Berkhidmat with Han Choon Kim | |
Didahului oleh |
|
Digantikan oleh | Noh Omar |
Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Mohamed Rahmat |
Digantikan oleh | P. Komala Devi |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sungai Petani | |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | Che Ibrahim Mustafa |
Digantikan oleh | Johari Abdul |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mahadzir bin Mohamed Khir 16 Mei 1945 Yan, Kedah |
Mati | 5 September 2012 Pusat Perubatan Universiti Malaya | (umur 67)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Datin Dr. Amla Mohd Salleh |
Anak |
|
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Pekerjaan | Ahli politik, ahli akademik |
Keluarga
suntingBeliau dilahirkan di Yan, Kedah pada 16 Mei 1945.
Isterinya Datin Dr Amla Mohd Salleh dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki, Muhamad Anas, Mohd Syakir, dan Sir Muhamad Salleh, dan seorang cucu perempuan, 8 bulan. Ibunya Allahyarhamah Fatimah Mohd.[1]
Kerjaya
suntingBeliau lulusan Universiti Malaya dan Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi guru sejarah di beberapa buah sekolah. Kemudian, beliau menjadi pensyarah Jabatan Sejarah, UM. Seterusnya, beliau menjadi Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya bagi memperjuangkan nasib kakitangan universiti waktu itu yang dalam peralihan ke universiti swasta.
Beliau banyak menulis rencana di media arus perdana terutama tentang pendidikan di Malaysia. Beliau juga dijemput memjadi tetamu dalam rancangan temu bual di radio dan televisyen.
Politik
suntingKerjaya politik beliau menanjak apabila pada 1999, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan selepas menang dalam pilihan raya 1999. Pada 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam Kabinet baru yang dibentuk oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun begitu, nama beliau digugurkan daripada jawatannya dalam rombakan kecil Kabinet pada Mac 2004.
Meninggal dunia
suntingPada 5 September 2012, Mahadzir Mohd. Khir meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 67 tahun akibat serangan jantung. Berlaku pendarahan di dalam otak iaitu strok sekitar jam 6 petang ketika beliau berehat bersama keluarga. Jenazah beliau dibawa ke rumahnya di Jalan 14/50, Seksyen 14, Petaling Jaya. Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Antara kenamaan yang hadir ialah Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Dato' Seri Mohd Shafie Apdal.
Mahadzir Khir pernah melakukan pembedahan jantung pada 2004. Beliau sempat menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kuala Lumpur dan menemani ibunya menghadiri sebuah seminar di Amerika Syarikat sebelum Ramadan 2012.[2][3][4]
Rujukan
sunting- ^ Bernama (6 September 2012). "Jenazah Datuk Mahadzir Mohd Khir dikebumikan". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 12 November 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Bernama (5 September 2012). "Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia". malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-17. Dicapai pada 12 November 2012. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Mahadzir Mohd Khir meninggal dunia". Utusan Online. 5 September 2012. Dicapai pada 12 November 2012. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)[pautan mati kekal] - ^ Allahyarham Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir Selamat Disemadikan[pautan mati]