Magnitizdat
Magnitizdat (Bahasa Rusia: магнитизда́т ,IPA: [məɡnʲɪtʲɪzˈdat], dari perkataan Rusia untuk "perakam pita" магнитофо́н [məɡnʲɪtɐˈfon]), dan "penerbitan" изда́тельство [ɪˈzdatʲɪlʲstvə][1]) merupakan proses menyalin dan mengedar rakaman lansung pita audio di Kesatuan Soviet yang dijual secara komersial. Ia adalah sama dengan rakaman haram, melainkan ia biasanya dibiarkan oleh penghibur (yang tidak berharap untuk mendapat wang dari rakaman ini) bagi maksud mengelakkan penapisan politik dan menjadikan karya mereka dikenali seluas mungkin.
Proses magnitizdat adalah kurang berisiko berbanding menerbitkan sastera melalui samizdat , kerana semua orang di USSR dibenarkan untuk memiliki perakam pita gelendong ke gelendong persendirian, manakala peralatan penyalin kertas adalah di bawah kawalan kerajaan.
Magnitizdat merupakan kaedah utama bagi lagu-lagu kumpulan di Rusia seperti Bulat Okudzhava , Vladimir Vysotsky , dan penulis Alexander Galich tersebar di seluruh Kesatuan Soviet dan di luar negara. Magnitizdat juga digunakan bagi mengedarkan ucapan dengan kandungan anti-Soviet.
Nota
sunting- ^ Garey (2011:5)
Bibliografi
sunting- Garey, Amy (2011), "Aleksandr Galich: Performance and the Politics of the Everyday" (PDF), Limina, 17: 1–13, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-17, dicapai pada 2015-05-29