Magatama (勾玉, atau 曲玉) ialah suatu manik berbentuk tanda koma yang ditukang sejak zaman prasejarah Jepun, iaitu dari zaman Jōmon akhir ke zaman Kofun, kira-kira 1000 SM ke abad ke-6 Masihi.[1] Manik-manik ini diperbuat daripada batuan primitif dan bahan-bahan tertanam pada awalnya, tetapi lama-kelamaan, pada akhir zaman Kofun, rata-rata semua magatama diperbuat daripada jed. Magatama pada asalnya digunakan sebagai barangan kemas, tetapi kemudian digunakan sebagai bahan upacara serta keagamaan pada zaman Kofun.[2] Bukti-bukti arkeologi mencadangkan bahawa magatama dihasilkan di tempat-tempat khusus di Jepun lalu disebarkan kepada masyarakat seluruh kepulauan Jepun melalui laluan-laluan perdagangan.[3]

Magatama dari zaman Jōmon hingga abad ke-8 Masihi.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Magatama". Kokushi Daijiten (国史大辞典) (dalam bahasa Jepun). Tokyo: Shogakukan. 2012. Dicapai pada 2012-04-02.
  2. ^ 川出孝雄 (Kawade Hikio), penyunting (1959), Nihon rekishi daijiten (日本歴史大辞典) (dalam bahasa Jepun), 17, Tōkyō (東京): Kawade Shōbō Shinsha (河出書房新社), m/s. 54, OCLC 20762728
  3. ^ Barnes, Gina Lee (1999), The rise of civilization in East Asia: the archaeology of China, Korea and Japan (ed. 1st paperback), New York, N.Y.: Thames and Hudson, ISBN 9780500279748, OCLC 43664418