Benjamin Hammond Haggerty (lahir 18 Jun 1983) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Macklemore (/ˈmæk.ləmɔːr/),[1] adalah penyanyi rap Amerika Syarikat.

Macklemore
Macklemore pada tahun 2022
Latar belakang
Nama lahirBen Haggerty
Juga dikenali sebagai
Professor Macklemore
Kelahiran (1983-06-18) 18 Jun 1983 (umur 41)
Seattle, Washington, Amerika Syarikat
GenreHip hop
PekerjaanPenyanyi rap
Tahun aktif2000–sekarang
Syarikat rakaman
Macklemore LLC
Pengkarya berkait
Ryan Lewis, Scientific Shaman, Blue Scholars, Debaser
Laman sesawang
macklemore.com

Beliau naik tangga tertinggi carta Billboard Hot 100 dengan lagu "Thrift Shop" karya sama Ryan Lewis pada tahun 2013 yang terjual lebih dari 2.2 juta salinan[2] sekaligus lagu tunggal pertama mandiri tanpa label rakaman besar seumpamanya sejak tahun 1994.[3] Sejarah ini berulang dengan lagu tunggal "Can't Hold Us" dari The Heist pada tahun berikutnya.[4]

Awal hidup

sunting

Ben Haggerty lahir di Seattle, negeri Washington pada 19 Jun 1983, beliau anak kedua kepada Bill Haggerty dan Julie Schott yang keturunan Ireland beranutan Katolik.[5][6]

Beliau pertama kali mengenal hip hop saat berusia enam tahun mendengarkan lagu Digital Underground,[7] beliau mula mengarang lirik rap pada usia 15 tahun.[8] Artis-artis yang berpengaruh dalam memutik awal minatnya pada ketika ini termasuk Freestyle Fellowship, Aceyalone, Living Legends, Wu-Tang Clan, Nas, dan Talib Kweli.[9]

Belaiu meraih gelar sarjana dari The Evergreen State College pada tahun 2005.[10]

Kerjaya muzik

sunting

Macklemore menerbitkan sebuah album mini berjudul Open Your Eyes pada tahun 2000 dengan nama "Professor Macklemore". Beliau mengubah sikit namanya untuk album studio pertamanya, The Language of My World pada tahun 2005. Pada 2006, beliau berkenalan dengan Ryan Lewis yang menjadi penerbit rakaman bersama.[11] Pada Ogos 2008, Macklemore mendapati diri ketagihan dadah dan arak sehingga memasukkan diri ke dalam suatu rancangan pemulihan diri,[12][13] beliau bebas selama tiga tahun sebelum terjebak kembali pada tahun 2011.[14]

Pada 11 Disember 2017, Macklemore mengumumkan konsert jelajah "The Adventures of Kesha and Macklemore" bersama Kesha untuk mempromosikan album masing-masing Gemini dan Rainbow.[15]

Tahun 2020-an

sunting

Beliau mengalami masalah ketagihan dadah kembali berikutan perintah berkurung pandemik COVID-19 se-Amerika Syarikat yang hampir meragut nyawanya, beliau berjaya dirawat sembuh. Pengalaman ini selain cabaran membesarkan anak-anaknya memberi ilham kepada sebuah album terbaharu iaitu Ben yang terbit 2020.[16][17]

Berikutan berita pembedilan orang awam Gaza oleh tentera rejim Israel pada awal Oktober 2023 yang mencetuskan tunjuk perasaan besar seluruh dunia, beliau terlibat dalam tunjuk perasaan seumpamanya di Washington, D.C. pada awal November 2023.[18] Beliau juga antara artis terkenal Amerika Syarikat menandatangani surat mendesak pemerintah Amerika Syarikat menggencatkan senjata tentera Israel pada 30 Oktober tahun sama.[19] Pada tahun 2024, beliau menerbitkan lagu "Hind's Hall" yang memperingati kejadian pendudukan besar Dewan Hamilton oleh para aktivis Yahudi pelajar Universiti Columbia dalam pekarangan kampus melawan pihak berkuasa universiti tersebut yang melabur langsung ke dalam rejim Israel.[20][21] Semua keuntungan pembelian lagu ini disalurkan kepada tabung amal Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu.[22]

Diskografi

sunting

Album studio

sunting
  • The Language of My World (2005)
  • The Heist (bersama Ryan Lewis) (2012)
  • Gemini (2017)
  • Ben (2023)
  • Open Your Eyes (21 Oktober 2000)[23]
  • The Unplanned Mixtape (7 September 2009)[24]

Rujukan

sunting
  1. ^ Scott, Chey (22 February 2013). "How to pronounce rapper Macklemore's name". The Pacific Northwest Inlander. Dicapai pada 2013-06-23.
  2. ^ "Hot 100: 1-10 (Biggest Jump) Billboard".
  3. ^ Feeney, Nolan. "Macklemore's 'Thrift Shop' Is First Indie Hit to Top Charts in Nearly Two Decades". Time. Dicapai pada 23 May 2013.
  4. ^ "Macklemore and Ryan Lewis' "Can't Hold Us" Makes Hot 100 History".
  5. ^ "Seattle rapper Macklemore talks growing up Catholic with gay uncles". Fuse (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada July 4, 2022.
  6. ^ "RI Exclusive: Macklemore Interview with Rap Ireland". RapIreland.com. November 21, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2019. Dicapai pada January 27, 2014.
  7. ^ 106 & Park : Macklemore and Ryan Lewis. BET (November 14, 2012). Retrieved on April 11, 2013.
  8. ^ 106 & Park: Macklemore and Ryan Lewis. BET (2012-11-13). Retrieved on 2013-04-11.
  9. ^ Macklemore talks Otherside, Lil Wayne, Substance Abuse, Seattle Hip Hop and more. YouTube (2012-04-23). Retrieved on 2012-12-30.
  10. ^ Matson, Andrew (February 9, 2011). "Seattle Rapper Macklemore Ready to take a shot at Pop Stardom". The Seattle Times. Dicapai pada 2011-12-12.
  11. ^ "The Physics - "Good feat. Macklemore"". That's That... Dicapai pada 2 May 2013.
  12. ^ Vozick-Levinson, Simon (March 28, 2013). "Macklemore Opens Up About His Struggle to Stay Sober". Rolling Stone. Dicapai pada January 27, 2014.
  13. ^ Franklin, Oliver (May 29, 2013). "Pumped up on "Thrift Shop": Macklemore & Ryan Lewis storm London". GQ. Condé Nast UK 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2013. Dicapai pada Jun 13, 2013. there was even bigger cheers for "Same Love", a heartfelt rap about same-sex marriage. When Haggerty prefaced "Starting Over" with a confession that he has been sober since 2008, the Empire went wild.
  14. ^ Matson, Andrew. "Macklemore is back with a little help from his friends". The Seattle Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 18, 2014. Dicapai pada January 27, 2014.
  15. ^ Ryan Reed (December 11, 2017). "Kesha, Macklemore Plot Joint 2018 Tour". Rolling Stone. Dicapai pada February 20, 2018.
  16. ^ Trepany, Charles. "Macklemore gets candid on addiction, relapse amid COVID shutdown: 'I listened to that voice'". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 22, 2023.
  17. ^ "Macklemore Reveals He Relapsed Over The Pandemic, Following Near-Fatal Overdose | Entertainment Tonight". www.etonline.com (dalam bahasa Inggeris). July 24, 2022. Dicapai pada March 22, 2023.
  18. ^ Iasimone, Ashley (November 5, 2023). "Macklemore Speaks at Pro-Palestine Rally in D.C.: 'This Is a Genocide'". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada November 5, 2023.
  19. ^ Kaufman, Gil (October 30, 2023). "Drake, Jennifer Lopez Sign Artists4Ceasefire Letter Urging a Pause in Israel/Palestinian Conflict". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada October 30, 2023. Dicapai pada April 23, 2024.
  20. ^ Beaumont-Thomas, Ben (7 May 2024). "'Blood is on your hands, Biden': US rapper Macklemore gives support to Palestine and campus protests". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada May 8, 2024. Dicapai pada 7 May 2024.
  21. ^ "'Divest from Israel': Decoding the Gaza protest call shaking US campuses". Al Jazeera. 30 April 2024.
  22. ^ Burga, Solcyre (7 May 2024). "Macklemore Demands Cease-Fire in 'Hind's Hall' Campus Protest Solidarity Song". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada May 8, 2024. Dicapai pada 8 May 2024.
  23. ^ "Mixtapes // Professor Macklemore // Open Your Eyes". The Mixtape Lab. Dicapai pada November 13, 2016.
  24. ^ "The Unplanned Mixtape by Macklemore". iTunes Store. 7 September 2009. Dicapai pada April 8, 2013.

Pautan luar

sunting