Transit Laju Metropolitan atau Kereta Api Elektrik Metropolitan (Thai: รถไฟฟ้ามหานคร; singkatan: MRT) merupakan sistem kereta api alihan laju yang memberi khidmat di kawasan metropolitan Bangkok di Thailand. Sistem kereta api transit ini merupakan yang kedua di Bangkok selepas Skitren BTS (BTS Skytrain). MRT dikendalikan oleh Syarikat Lebuhraya dan Kereta Api Bangkok dibawah satu konsesi yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand (MRTA). MRT, Skitren dan Laluan Rel Lapangan Terbang Suvarnabhumi bersama-sama menjadi sebahagian daripada prasarana pengangkutan rel di Bangkok.

Transit Aliran Metropolitan
ترنسيت لاجو ميتروڤوليتن
Kereta api tiba di stesen Silom
Umum
Nama asalรถไฟฟ้ามหานคร
("Kereta api elektrik metropolitan")
PemilikSuruhanjaya Transit Aliran Deras (MRTA)
LokasiKawasan Metropolitan Bangkok
Jenis transit
Transit aliran deras
Jumlah laluan/aliran
4 (2 dalam pembinaan)
Jumlah stesen
107[1]
Bil. penumpang harian
287,000 (pada 2016)
Bil. penumpang tahunan
92.4 juta (pada 2014)[2]
Ibu pejabat
175 Jalan Rama IX, Huaykwang, Bangkok 10320
Laman sesawang
www.mrta.co.th/en/
Operasi
Mula beroperasi
03 Julai 2017 (2017-07-03)
PengendaliSyarikat Lebuhraya dan Kereta Api Bangkok
(SET: BEM)
Jumlah kenderaan
Teknikal
Panjang sistem
225.7 kilometer (140.2 bt)[1]
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8½ in) tolok piawai
PengelektrikanRel ketiga
Kelajuan tertinggi
80 km/j (50 mph)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MRT memberi khidmat kepada 240,000 penumpang setiap hari. Ia mempunyai 35 buah stesen yang sedang beroperasi di sepanjang 43 kilometer (27 bt)[1] laluan bawah tanah. Laluan pertama MRT, Laluan Biru atau nama rasminya Laluan Chaloem Ratchamongkhon telah dibuka pada 2004, di antara Hua Lamphong dan Bang Sue. Sehingga tahun 2016, dua sambungan laluan Biru kini sedang dalam pembinaan dan apabila siap, ia akan menjadi sebuah laluan gelung. Laluan kedua milik MRT iaitu Laluan Ungu atau secara rasminya, Laluan Chalong Ratchadham pula dibuka sepenuhnya pada 2016, di mana ia menghubungkan Bang Sue dengan Nonthaburi di barat laut.

Sistem MRT ini secara rasminya dikenali dalam bahasa Thai sebagai รถไฟฟ้ามหานคร (rotfaifa mahanakhon) atau "kereta api elektrik metropolitan", tetapi ia lebih dikenali sebagai รถไฟใต้ดิน (rotfai taidin) yang membawa maksud "kereta api bawah tanah".

Rangkaian

sunting

Laluan pertama iaitu Laluan Biru yang dibuka pada 3 Julai 2004, memberi khidmat ke arah timur dari stesen Bang Sue di daerah Chatuchak di sepanjang Jalan Kamphaeng Phet, Jalan Phahon Yothin dan Jalan Lat Phrao, seterusnya membelok ke selatan mengikuti Jalan Ratchadaphisek dan kemudiannya membelok ke barat mengikuti Jalan Rama IV ke stesen Hua Lamphong di daerah Pathum Wan.

Laluan Ungu dibuka pada 6 Ogos 2016. Satu kilometer Laluan Biru yang hilang di antara Bang Sue dan Tao Poon, yang menghubungkan dua laluan MRT dibuka pada Ogos 2017.

Aliran Transit Laju Metropolitan Bangkok
Aliran Terminal Panjang Stesen Penumpang harian (orang) Mula beroperasi
Bahagian awal Sambungan terakhir
Laluan MRT Chaloem Ratchamongkhon
Lak Song Tha Phra[3] 21 km (13 bt)[4] 48 400,000 2004 2020[3]
Laluan MRT Chalong Ratchadham
(Rel berat)
Khlong Bang Phai Tao Poon 23 km (14 bt) 16 20,000[5] 2016
Laluan MRT Kuning
(Monorel)
Lat Phrao Samrong 30.4 km (18.9 bt) 23 92,038 2023
Merah Jambu
(Monorel)
Nonthaburi Civic Center Min Buri 34.5 km (21.4 bt) 30 2023

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "M.R.T. Chaloem Ratchamongkhon Line". Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand (MRTA). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2014. Dicapai pada 27 Jun 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ (Inggeris) "Bangkok Metro Public Corporation Annual Report 2014" (PDF). 2015. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 1 Oktober 2015. Dicapai pada 7 Januari 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "ส.ค.เชื่อมแน่รถไฟฟ้าฟันหลอ "เตาปูน-บางซื่อ" รฟม.แนะวิธีใช้บริการ".
  4. ^ "M.R.T. Chaloem Ratchamongkhon Line". Pihak Berkuasa Transit Aliran Massa Thailand. 2014.
  5. ^ PCL., Post Publishing. "Purple Line: Newly launched, but few using it". Bangkok Post. Dicapai pada 31 Ogos 2016.

Pautan luar

sunting
Tapak web rasmi
Tapak web tidak rasmi
Muat turun