M. Rahmat
Ramon Rahmat bin Mohamed Sudir atau lebih dikenali sebagai M. Rahmat merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an hingga 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
M. Rahmat | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Ramon Rahmat bin Mohamed Sudir |
Berasal dari | Malaysia |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1960-an |
Lagu-lagu
sunting- Hamidah
- Tangisanku
- Gadis Desa
- Suria Pagi
- Fitri Bahagia
- Kaseh Tak Berbalas
- Mula Bertemu
- Peristiwa di Pantai
- Elly
- Semalam di Cianjur
Biografi
suntingRamon Rahmat merupakan anak sulung dari 11 beradik, juga terkenal dengan panggilan 'Alan'. 'Mungkin ini disebabkan ketika zaman Pop Yeh-Yeh, jambul rambutnya menyerupai bintang Hollywood, Alan Ladd.
M. Rahmat pertama kali muncul di persada seni di tengah-tengah semarak artis Pop Yeh-Yeh. Tahun gemilang baginya ialah apabila beliau menubuhkan kugiran Teruna dengan beliau sendiri menjadi vokalis dan pemetik gitar, sementara Asmah Atan sebagai penyanyi wanita. Pada masa yang sama, Teruna ditawarkan membuat rakaman dan terbitlah empat buah lagu "Kasih Tak Berbalas", "Gadis Desa", "Suria Pagi" dan "Manhana" ciptaan Allahyarhamha Salamah Basiron. M. Rahmat juga mencipta sebuah lagu khas untuk Asmah Atan yang berjudul "Muda Remaja". Dalam pada itu, beliau menerima banyak undangan menyanyi di Singapura dan Malaysia.
Pada tahun 1967, beliau membuat kejutan apabila tampil di kaca televisyen dengan gaya baru. Namanya pula digantikan kepada Ramon dan menyanyi bagi kugiran The Black Jack, gabungan ini digelar Ramon and The Black Jack. The Black Jack bubar pada 1971 dan berikutan itu beliau berkelana ke Jakarta dan Surabaya, kemudian ke Jepun dan Pakistan sebelum pulang pada 1976. Mulai 1978 beliau dan isterinya menyanyi di lounge, kelab malam dan kelab swasta.
M. Rahmat pernah menjalani pembedahan menggantikan tulang pinggulnya dengan plastik pada 1994 selepas beliau terjatuh dan pinggulnya terhentak di simen licin.
Kini beliau menetap di Kampung Pasiran di Gentle Road, bersama isterinya, Rogaia Mahpol, 47 tahun (2008), dan masih bergiat cergas dalam bidang seni. Sewaktu pelancaran Kelab Artis Kampong Ubi pada 1995, beliau sanggup datang dengan bertongkat dengan ditemani isterinya.
M. Rahmat dan Rogaia sudah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan mempunyai dua orang anak; Elly Liana dan Onny Irawan.