Lumba-lumba (Jawi: لومبا٢), lelumba (Jawi: للومبا) atau dolfin (Jawi: دولفين) ialah sejenis mamalia laut dalam order setasea yang berkait rapat dengan ikan paus; ia tergolong dalam keluarga Delphinidae[1] yang merupakan keluarga Cetacea terbesar dan agak baru muncul sejak kira-kira sepuluh juta tahun semasa Zaman Miosen. Terdapat hampir tiga puluh tujuh spesies dalam tujuh belas genus di bawah keluarga tersebut.[2]

Lumba-lumba
Dolfin
Julat zaman: Awal Miosen - Kini
Seekor lelumba hidung botol
berenang memecah ombak laut
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Delphinidae dan Platanistoidea

Gray, 1821
Genus

Lihat teks.

Haiwan ini boleh dijumpai di seluruh dunia; ia sering didapati terutamanya di kawasan lebih cetek laut seperti di pentas benua, namun terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik; ia menunjukkan kebolehan mengajar, belajar, bekerjasama, merancang, dan bersedih.[3]

Etimologi

sunting

Istilah "dolfin" meminjam daripada kata bahasa Inggeris dolphin. Perkataan ini datang daripada bahasa Perancis Kuno daulphin daripada bahasa Latin Zaman Pertengahan dolfinus daripada bahasa Latin delphinus[4] (perumian perkataan Yunani kemudian δελφῖνος delphinos[5]). Perkataan bahasa Latin itu datang daripada Bahasa Yunani Kuno δελφίς delphís "lumba-lumba"[5] yang berkaitan dengan perkataan bahasa Yunani δελφύς delphus "rahim".[5] Oleh itu, nama haiwan ini boleh diterjemahkan bermaksud "ikan yang ada rahim".[6]

Nama genus lumba-lumba Delphinidae juga datang daripada perkataan bahasa Yunani Kuno tersebut.[5]

Taksonomi

sunting

Ciri fizikal

sunting
 
Rajah anatomi dalaman seekor lelumba dengan orang dan tetulang.

Badan ikan lumba-lumba ini berupa lonjong seakan torpedo dengan leher tegar, kepala membonjol, sirip rata dan berekor panjang. Muncung ia panjang dengan mata diletakkan pada sisi kepala.

Haiwan ini berkongsi sifat dengan haiwan daratan melalui aspek tertentu: ia mempunyai suatu lubang pernafasan yang menghembus keluar air terguna sambil menghirup masuk udara segera,[7] dan ia mempunyai perut yang dibahagikan kepada dua ruang khusus seperti yang ada pada mamalia daratan.

Badan ini mengandungi lemak mirip yang ada pada ikan paus yang digunakan sebagai penebat haba dan simpanan tenaga.

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Dolfin merupakan haiwan karnivor, biasanya memakan ikan dan sotong. Ikan-ikan dimangsakan sering diperangkap di mana seekor dua lelumba mengelilingi sekawan ikan yang diserang mengejut[8] atau ikan-ikan mangsa dikejar ke kawasan lebih cetek.[8] Malah, ada juga lelumba yang menggunakan pipih ekor (atau "fluk") seakan senjata sama ada mempegunkan atau melambung ikan ke udara.[8]

Pergerakan

sunting

Lumba-lumba menghasilkan bunyi detikan untuk tujuan mengesan persekitaran yang dipantulkan semasa menyeberang. Ia juga boleh bersiul sebagai suatu bentuk komunikasi melalui penggetaran tisu sepertimana dilakukan manusia.[9]

Pembiakan

sunting

Ikan lelumba melahirkan seekor anak, anak ini biasanya keluar ekor dahulu.[10] Anak lelumba cepat mematang naluri seks pada usia muda bahkan sebelum mencapai tahap dewasanya;[11] usia capaian ini berbeza mengikut spesies dan jantina.[12]

Hubungan dengan manusia

sunting

Rupanya yang kelihatan ramah dan sikapnya yang suka bermain-main membuatkannya popular dalam budaya manusia. Haiwan ini sering dipergunakan manusia untuk tujuan tertentu sepanjang zaman dan budaya.

Sebagai sumber makanan

sunting

Ia sering diburu di seberapa kawasan tertentu termasuk di Jepun (khususnya di Taiji, Wakayama),[13][14] Kepulauan Faroe dan Peru.[15] Masyarakat di Taiji ini menganggap lulmba-lumba sebagai keistimewaan setempat yang langsung tidak dinikmati di tempat-tempat lain di Jepun; ia dimakan baik segar sebagai sashimi, digoreng celur mahupun direneh dengan sayur berkuah miso.[16]

Sebagai haiwan pertunjukan

sunting

Haiwan-haiwan ini sering disimpan untuk tujuan pertunjukan di taman-taman tema laut khusus bersama mamalia laut lain seperti paus buding.

Ancaman lain

sunting

Penangkapan ikan tertentu seperti tuna untuk kegunaan manusia menggunakan jala tertentu boleh mendatangkan bahaya di mana lumba-lumba boleh tertangkap lalu boleh melemaskan lumba-lumba ini.[17]

Rujukan

sunting
  1. ^ "lumba-lumba". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Rafferty, John P. (2022). "dolphin". Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 15 June 2022.
  3. ^ Siebert, Charles (8 Julai 2009). "Watching Whales Watching Us". The New York Times Magazine. Dicapai pada 29 Ogos 2015.
  4. ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "delphinus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
  5. ^ a b c d Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "δελφίς". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Dolphin. The American Heritage Dictionary of the English Language (ed. ke-4). Dictionary.com. Dicapai pada 15 Jun 2022.
  7. ^ "Cetacean Curriculum – A teacher's guide to introducing and using whales, dolphins, & porpoises in the classroom" (PDF). American Cetacean Society. November 28, 2004. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada Ogos 7, 2012. Dicapai pada Disember 20, 2013. Sound production in cetaceans is a complex phenomenon not fully understood by scientists.
  8. ^ a b c "Dolphin's diet". Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2013.
  9. ^ Viegas, Jennifer (2011). "Dolphins Talk Like Humans". Discovery News. Dicapai pada September 19, 2011.
  10. ^ Simmonds, Mark (2007). Whales and Dolphins of the World. New Holland Publishers. m/s. 32. ISBN 978-1-84537-820-2.
  11. ^ Silva Jr, J.; Silva, F.; Sazima, I. (2005). "Rest, nurture, sex, release, and play: diurnal underwater behaviour of the spinner dolphin at Fernando de Noronha Archipelago, SW Atlantic – Mating behaviour" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada March 16, 2014. Dicapai pada March 16, 2014.
  12. ^ W. Perrin; S. Reilly (1984). Reproductive Parameters of Dolphins (PDF).
  13. ^ Matsutani, Minoru (September 23, 2009). "Details on how Japan's dolphin catches work". Japan Times. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2009.
  14. ^ McCurry, Justin (September 14, 2009). "Dolphin slaughter turns sea red as Japan hunting season returns". The Guardian. London. Dicapai pada May 24, 2010.
  15. ^ Hall, Kevin G. (2003). "Dolphin meat widely available in Peruvian stores: Despite protected status, 'sea pork' is popular fare". The Seattle Times.
  16. ^ イルカの味噌根菜煮 [Dolphin in Miso Vegetable Stew]. Cookpad (dalam bahasa Jepun). 2010. Dicapai pada May 16, 2011.
  17. ^ Clover, Charles (2008). The End of the Line: How Overfishing is Changing the World and what We Eat. University of California Press. ISBN 978-0-520-25505-0.

Pautan luar

sunting

  Kategori berkenaan Lumba-lumba di Wikimedia Commons