Reput fros

(Dilencongkan daripada Luka beku)

Reput fros atau luka beku[1] (congelatio mengikut istilah perubatan) merupakan satu kecederaan yang mencederakan kawasan kulit dan tisu disebabkan oleh kesejukan melampau. Reput fros paling berkemungkinan berlaku di bahagian-bahagian badan yang terletak paling jauh daripada jantung dan bahagian badan yang terdedah.

Reput fros
Pengelasan dan sumber luaran
Tangan yang terkena reput fros
ICD-10T33-T35
ICD-9991.0-991.3
P. Data Penyakit31167
MedlinePlus000057
eMedicineemerg/209 med/2815 derm/833 ped/803
MeSHD00562
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Pengkelasan

sunting

Terdapat beberapa kelas kerosakan tisu yang disebabkan oleh kesejukan melampau:

  • Frost nip; penyejukan permukaan kulit tanpa kerosakan selular [2]
  • Chilblains; ulser permukaan kulit yang berlaku apabila seseorang didedahkan kepada kesejukan berulang kali
  • Reput fros; melibatkan kerosakan selular

Fasa-fasa

sunting

Pada suhu 0 °C (32 °F), pembuluh darah yang berhampiran dengan kulit akan mula mengecut, dan darah akan dihalang daripada memasuki bahagian tangan dan kaki. Tindak balas yang sama akan berlaku apabila seseorang didedahkan kepada angin kencang. Pengecutan pembuluh darah ini dapat membantu mengekalkan suhu badan. Namun, di dalam cuaca sejuk melampau, atau apabila badan didedahkan kepada kesejukan yang melampau untuk jangka masa yang lama, strategi pertahanan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke sesetengah bahagian badan ke tahap bahaya. Ketiadaan darah ini akhirnya akan membawa kepada pembekuan dan kematian tisu kulit pada bahagian yang tercedera.

Terdapat empat fasa reput fros, setiap satu mempunyai tahap kesakitan yang berbeza.[3]

Tahap pertama

sunting

Ia digelar frost nip dan hanya melibatkan bahagian permukaan kulit yang beku. Pada mulanya, kulit akan berasa gatal dan sakit. Kemudian, kulit akan mula membentuk tompok-tompok merah, putih dan kuning, lalu menjadi kebas. Bahagian badan yang terkena frost nip biasanya tidak akan rosak secara kekal, kerana kecederaan hanya berlaku di permukaan kulit. Namun, ketidaksensetifan kepada panas dan sejuk secara kekal kadangkala berlaku kepada mereka yang terkena frost nip.

Tahap kedua

sunting

Jika pembekuan berterusan, kulit boleh membeku dan mengeras. Tetapi, tisu-tisu dalaman tidak akan terjejas. Kecederaan darjah kedua biasanya akan melepuh 1-2 hari selepas membeku. Lepuh akan menjadi keras dan menghitam, dan biasanya kelihatan lebih parah daripada yang sebenarnya. Kebanyakan kecederaan ini akan pulih dalam masa sebulan, namun kawasan yang terjejas mungkin tidak dapat merasa panas atau sejuk secara kekal.

Tahap ketiga dan keempat

sunting

Jika bahagian itu membeku lebih dalam, reput fros dalam akan berlaku. Semua otot, tendon, pembuluh darah dan saraf di bahagian itu akan membeku. Kulit akan berasa keras dan seolah-olah berlilin, dan tidak dapat digunakan untuk sementara. Namun, dalam keadaan-keadaan yang lebih parah, anggota tersebut tidak dapat digunakan lagi. Reput fros dalam akan membentuk lepuh keunguan yang akan bertukar hitam, dan biasanya berisi darah. Kerosakan saraf di kawasan tersebut akan menyebabkan kehilangan deria sentuhan. Reput fros yang ekstrem akan menyebabkan jari-jari tangan dan kaki dipotong sekiranya kawasan tersebut dijangkiti gangren. Sekiranya reput fros tidak dirawat, anggota yang tercedera mungkin akan terus tertanggal. Kerosakan bahagian-bahagian badan yang terkena reput fros mungkin memerlukan beberapa bulan untuk dinilai, dan ini sering melambatkan pembedahan membuang tisu-tisu yang telah mati.[4]

Faktor-faktor berisiko

sunting

Faktor-faktor berisiko mendapat reput fros termasuklah penggunaan beta-blockers dan mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan peripheral neurophaty.

Punca-punca

sunting

Faktor-faktor penyumbang kepada reput fros termasuk kesejukan melampau, pemakaian tidak sesuai, pakaian basah, penyejukan angin, dan peredaran darah yang lemah. Peredaran darah yang lemah mungkin disebabkan oleh pakaian atau but yang ketat, kedudukan yang sempit, keletihan, penggunaan ubat-ubatan tertentu, merokok, pengambilan alkohol, atau penyakit berkaitan dengan salur darah, seperti diabetes.[5]

Pendedahan kepada nitrogen cecair dan cecair-cecair kriogenik yang lain juga dapat menyebabkan reput fros. Begitu juga dengan sentuhan berpanjangan dengan butana.

Rawatan

sunting

Jangan membuatkan bahagian yang tercedera (kulit) bersentuhan dengan objek panas atau sejuk. Kekalkan bahagian yang tercedera suam. Pengubatan reput fros mengutamakan pemanasan (dan mungkin pencairan) tisu-tisu yang terjejas. Pencairan hanya boleh dilakukan di dalam persekitaran yang suam dan stabil. Jika tisu yang telah dipanaskan membeku semula, ia akan membawa lebih banyak kecederaan kepada tisu tersebut. Jika tisu-tisu yang mengalami reput fros digerakkan terlalu banyak, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam tisu-tisu tersebut akan merosakkan lagi tisu itu. Jadi, menganduh dan/atau membalut bahagian badan yang terkena reput fros adalah digalakkan kerana ia menghalang pergerakan-pergerakan di atas. Atas sebab yang sama, perbuatan menggosok, mengurut, menggoncang, atau apa-apa yang melibatkan penggunaan daya fizikal ke atas bahagian yang tercedera, sebagai percubaan untuk memanaskan bahagian itu semula, adalah merbahaya.[6] Bahagian yang tercedera sepatutnya tidak dipanaskan dengan pantas sehingga pembekuan semula dapat dicegah.

Pemanasan bahagian badan yang terkena reput fros boleh dilakukan melalui dua cara:

  • Pemanasan pasif[7] melibatkan penggunaan suhu persekitaran atau suhu badan untuk membantu badan pesakit memanas sendiri. Contoh-contohnya ialah menutup pesakit dengan selimut, atau membawanya ke tempat yang lebih panas.[8]
  • Pemanasan aktif[7] ialah pemberian haba secara terus kepada seseorang, biasanya sebagai rawatan tambahan yang disertakan dalam pemanasan pasif. Pemanasan aktif memerlukan lebih banyak peralatan dan agak sukar dilakukan di luar hospital.[6] Apabila dilakukan, tisu yang membeku akan cuba dicairkan secepat mungkin tanpa membakar tisu itu sendiri. Ini adalah lebih baik kerana ia dapat mengurangkan jumlah kecederaan yang dialami oleh tisu-tisu semasa membeku.[6] Pemanasan aktif biasanya dilakukan dengan merendam tisu yang tercedera di dalam air bersuhu 40-42 °C (104-108 °F). Pemanasan tisu periferi juga dapat meningkatkan pengaliran darah daripada bahagian tercedera ini kembali ke teras badan. Ini mampu menurunkan suhu badan teras dan meningkatkan risiko degupan jantung tidak sekata.[9]

Pembedahan

sunting

Pemotongan tisu nekrotik biasanya ditangguh-tangguhkan. Ini membawa kepada pepatah "Membeku pada Januari, dipotong pada Julai"[10] dengan pengecualian hanya kepada kes-kes yang melibatkan jangkitan gangren.[11]

Prognosis

sunting

Beberapa kesan jangka panjang boleh berlaku selepas reput fros. Ia termasuk: perubahan kepada deria sentuhan secara sementara atau kekal, kekebasan, lebih banyak berpeluh, kanser dan artritis pada bahagian yang tercedera.[12]

Kajian

sunting

Jumlah bukti tidak mencukupi untuk menentukan sama ada terapi oksigen hiperbarik dapat membantu dalam membaiki tisu.[13] Terdapat beberapa kes sebegitu telah dilaporkan, namun kurang kajian saintifik telah dijalankan untuk membuktikan keberkesanannya.[14][15][16][17][18]

Meskipun cuaca yang ekstrem meningkatkan risiko reput fros, nampaknya terdapat sesetengah individu dan kumpulan yang dapat menahan reput fros yang sederhana. Ini mungkin disebabkan oleh badan mereka yang telah berjaya mengadaptasi di dalam cuaca sejuk.

Rujukan

sunting
  1. ^ (Melayu) "Luka beku". Dicapai pada 8 Mac 2013.
  2. ^ Marx, John (2010). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice 7th edition. Philadelphia, PA: Mosby/Elsevier. m/s. 1862. ISBN 978-0-323-05472-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Frostbite, eMedicineHealth.com, http://www.emedicinehealth.com/frostbite/article_em.htm, retrieved 4/3/10
  4. ^ Definition of Frostbite, MedicineNet.com, http://www.medterms.com/script/main/art.asp?articlekey=3522, retrieved 4/3/10
  5. ^ Eric Perez, MD.National Institute of Health. Retrieved May 18, 2006.
  6. ^ a b c Mistovich, Joseph (2004). Prehospital Emergency Care. Upsaddle River, NJ: Pearson Education. m/s. 506. ISBN 0-13-049288-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ a b Mistovich, Joseph (2004). Prehospital Emergency Care. Upsaddle River, NJ: Pearson Education. m/s. 504. ISBN 0-13-049288-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  8. ^ Roche-Nagle G, Murphy D, Collins A, Sheehan S (2008). "Frostbite: management options". Eur J Emerg Med. 15 (3): 173–5. doi:10.1097/MEJ.0b013e3282bf6ed0. PMID 18460961. Dicapai pada 2008-06-30. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Marx, John (2010). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice 7th edition. Philadelphia, PA: Mosby/Elsevier. m/s. 1864. ISBN 978-0-323-05472-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ Golant, A; Nord, RM; Paksima, N; Posner, MA (2008). "Cold exposure injuries to the extremities". J Am Acad Orthop Surg. 16 (12): 704–15. PMID 19056919. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  11. ^ McGillion, R (2005). "Frostbite: case report, practical summary of ED treatment". J Emerg Nurs. 31 (5): 500–2. doi:10.1016/j.jen.2005.07.002. PMID 16198741. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  12. ^ Marx, John (2010). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice 7th edition. Philadelphia, PA: Mosby/Elsevier. m/s. 1866. ISBN 978-0-323-05472-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ Marx, John (2010). Rosen's emergency medicine: concepts and clinical practice 7th edition. Philadelphia, PA: Mosby/Elsevier. ISBN 978-0-323-05472-0. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  14. ^ Finderle Z, Cankar K (2002). "Delayed treatment of frostbite injury with hyperbaric oxygen therapy: a case report". Aviat Space Environ Med. 73 (4): 392–4. PMID 11952063. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  15. ^ Folio LR, Arkin K, Butler WP (2007). "Frostbite in a mountain climber treated with hyperbaric oxygen: case report". Mil Med. 172 (5): 560–3. PMID 17521112. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ Gage AA, Ishikawa H, Winter PM (1970). "Experimental frostbite. The effect of hyperbaric oxygenation on tissue survival". Cryobiology. 7 (1): 1–8. doi:10.1016/0011-2240(70)90038-6. PMID 5475096. Dicapai pada 2008-06-30.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  17. ^ Weaver LK, Greenway L, Elliot CG (1988). "Controlled Frostbite Injury to Mice: Outcome of Hyperbaric Oxygen Therapy". J. Hyperbaric Med. 3 (1): 35–44. Dicapai pada 2008-06-30.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  18. ^ Ay H, Uzun G, Yildiz S, Solmazgul E, Dundar K, Qyrdedi T, Yildirim I, Gumus T (2005). "The treatment of deep frostbite of both feet in two patients with hyperbaric oxygen. (abstract)". Undersea Hyperb Med. 32 (1 (supplement)). ISSN 1066-2936. OCLC 26915585. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-15. Dicapai pada 2008-06-30.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar

sunting