Luis Arce
Presiden Bolivia
Luis Alberto "Lucho" Arce Catacora (lahir 28 September 1963) ialah seorang ahli politik Bolivia yang berkhidmat sebagai presiden negara tersebut sejak 2020. Beliau pernah menjadi Menteri Ekonomi dan Kewangan Awam negara itu di bawah pemerintahan kabinet pimpinan Evo Morales dari 2006 hingga 2017 dan 2019.[1]
Luis Arce | |
---|---|
Presiden Bolivia ke-67 | |
Menyandang jawatan 8 November 2020 | |
Naib Presiden | David Choquehuanca |
Didahului oleh | Jeanine Áñez |
Menteri Ekonomi dan Kewangan Awam Bolivia | |
Dalam jawatan 23 Januari 2019 – 10 November 2019 | |
Presiden | Evo Morales |
Didahului oleh | Mario Guillén Suárez |
Digantikan oleh | José Luis Parada Rivero |
Dalam jawatan 23 Januari 2006 – 24 Jun 2017 | |
Presiden | Evo Morales |
Didahului oleh | Waldo Gutiérrez Iriarte |
Digantikan oleh | Mario Guillén Suárez |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Luis Alberto Arce Catacora 28 September 1963 La Paz, Bolivia |
Parti politik | Movimiento al Socialismo |
Pasangan | Lourdes Brigida Durán Romero |
Anak | 3 |
Ibu bapa | Carlos Arce Olga Catacora |
Tempat belajar | Universiti Tinggi San Andrés Universiti Warwick |
Beliau berjaya memenangi pilihan raya umum se-Bolivia yang dilangsungkan tahun 2020 untuk parti Movimiento al Socialismo dengan undian majoriti sebanyak 54.50%.[2] Beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Bolivia pada 8 November 2020.[3]
Rujukan
sunting- ^ "Who is Luis Arce, the President Elect of Bolivia?" (dalam bahasa Sepanyol). 19 Oktober 2020.
- ^ "Resultados Elecciones Nacionales 2020". Organo Electoral Plurinacional (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 21 Oktober 2020.
- ^ "Copa announces that Arce will be inaugurated on November 8" (dalam bahasa Sepanyol). 23 Oktober 2020.
Pautan luar
sunting- Personal website Diarkibkan 2020-10-25 di Wayback Machine (dalam bahasa Sepanyol)
- CV at the Ministry of Economy and Finance of Bolivia (dalam bahasa Sepanyol)
- Biografi dari Barcelona Centre for International Affairs (dalam bahasa Sepanyol)