Lovers Vanished
Lovers Vanished (Bahasa Korea: Pokpungjoenya; Bahasa Inggeris:Before the Storm; Bahasa Melayu: Sebelum Ribut) ialah sebuah filem Korea Selatan tahun 2010 diarahkan oleh Cho Chang-ho.[2] Filem ini dibintangi oleh Kim Nam-gil dan Hwang Woo-seul-hye.[3][4][5]
Lovers Vanished | |
---|---|
Pengarah | Cho Chang-ho |
Penulis | Cho Chang-ho |
Dihasilkan oleh | Lee Tae-hun |
Dibintangi | Kim Nam-gil Hwang Woo-seul-hye |
Sinematografi | Kim Yong-chul Hong Seong-jin |
Disunting oleh | Kim Hyung-joo |
Muzik oleh | Park Ji |
Diedarkan oleh | Opus Pictures |
Tarikh tayangan | 1 April 2010 |
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Korea Selatan |
Bahasa | Korea |
Pecah panggung | AS$348,797[1] |
Plot
suntingKim Su-in, seorang chef, telah didakwa membunuh isterinya dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Setelah beberapa kali gagal melarikan diri dan membuktikan tidak bersalah, dia ada mendengar bahawa tahanan yang menghidap AIDS dapat dibebaskan dengan alasan belas kasihan. Dengan itu, Su-in mendekati Sang-byung, seorang tahanan yang disahkan positif HIV, dan dengan sengaja menyuntikkan darah Sang-byung ke dalam tubuhnya, hanya untuk mengetahui terlambat bahawa khabar angin itu tidak benar dan hanya mengakibatkan dia dipindahkan ke hospital penjara. Sang-byung membantu Su-in yang putus asa untuk melarikan diri dengan syarat dia berkunjung ke kafe terpencil tertentu di tepi pantai di Pulau Jeju. Su-in berjaya melarikan diri dan menghadapi kekasih isterinya dan pembunuh sebenar, yang sejak itu menjadi paderi. Tetapi setelah mengaku melakukan jenayah itu, paderi tersebut membunuh diri dengan melompat ke dalam gaung. Tanpa harapan untuk membersihkan namanya dan tidak ada tempat untuk berpaling, Su-in pergi ke kafe Le Luth, yang dikendalikan oleh Mia, seorang gadis silap mata cantik dan mempunyai masa silam yang memilukan. Mia juga pernah dirogol oleh Jo. Mia akhirnya mengupah Su-in sebagai tukang masak, dan kedua-duanya semakin dekat, hari demi hari. Mereka mengetahui bahawa perhubungan cinta mereka bersama adalah sangat singkat dan terbatas. Walaupun menghidap AIDS, Su-in tetap juga ingin meneruskan perhubungan ini bersam-sama. Keadaan fizikal Su-in semakin hari semakin teruk, namun kerana desakan hawa nafsu mereka akhirnya terlanjur bersama. Kisah mereka tamat tanpa diketahui apa yang terjadi antara Su-in dan Mia.
Pelakon
sunting- Kim Nam-gil sebagai Kim Su-in
- Hwang Woo-seul-hye sebagai Yeo Mia
- Jung Yoon-min sebagai Sang-byung
- Nam Sung-jin sebagai Ki-yeon
- Kim Jeong-min sebagai Min-jung
- Kim Jae-rok sebagai paderi
- Yoon Je-moon sebagai Jo, penjaga kedai
- Oh Hye-seok sebagai Jin-ho
- Baek Jung-hee sebagai nenek
- Jeon Jin-gi sebagai detektif
- Han Cheol-woo sebagai detektif
- Noh Tae-hyeon sebagai Dong-yeol
- Moon Jeong-woong sebagai pegawai polis hospital
Pengambaran
suntingPenggambaran berlangsung pada bulan Mac hingga Jun 2009. Lovers Vanished pada awalnya mengalami kesukaran untuk mendapatkan tayangan umum, tetapi dengan populariti siri televisyen Kim Nam-gil pada tahun 2009, Queen Seondeok, filem ini mendapat tarikh tayangan 1 April 2010.
Rujukan
sunting- ^ "Lovers Vanished (2010)". Box Office Mojo. Retrieved 2013-07-03.
- ^ "Lovers Vanished - Press Kit" (PDF). M-LINE Distribution. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-03-02. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Lee, Ji-hye (2010-03-11). "Kim Nam-gil says his love was weak compared to Vanished". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Sung, So-young (2010-03-11). "An actor comes into his own". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-03-02.
- ^ Choi, Ji-eun (2010-04-07). "My Name Is: Hwang Woo Seul-hye". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.