Love You Mr. Arang

(Dilencongkan daripada Love You Mr. Arang (drama))

Love You Mr. Arang ialah sebuah siri drama televisyen komedi romantik Malaysia 2016 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Amirul Faqeem dan Hanna Aqeela. Tajuk drama ini ialah parodi kepada drama Love You Mr. Arrogant, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 23 November 2016 hingga 27 Disember 2016 menggantikan Tak Beli Tak Cinta.

Love You Mr. Arang
Genre
PenciptaSeelan Paul (ideal asal)
Ditulis olehMufid Shuhaimi
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Wanita Setia" oleh Qanda
Lagu penutup"Wanita Setia" oleh Qanda
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifHemanathan Paul
PenerbitZulkiflee Mohd Said
SinematografiYazrul Yon Yahya
Tempoh siaran20–21 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 November 2016 – 27 Disember 2016
Kronologi
MengikutiTak Beli Tak Cinta
Diikuti olehHantu Punya Bos

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[1]

Sinopsis

sunting

Mengisahkan Irma (Hanna Aqeela) yang didesak oleh ibunya untuk kahwin secepat mungkin. Irma sangat tertekan kerana perlu mencari pasangan hidup dalam masa yang singkat untuk mengelakkan berkahwin dengan pilihan ibunya. Hanna berkata bahawa dia sudah ada pilihan hatinya sendiri. Selepas berjumpa, pilihan hatinya langsung tidak menepati ciri-ciri ibunya. Ibu Irma, Datuk Sherry (Maria Farida) yang berangan untuk mempunyai menantu yang kulitnya cerah dan putih melepak itu terus hanyut apabila Irma memperkenalkan bakal suaminya, Fariz (Amirul Faqeem). Tidak puas hati dengan pilihan Irma, Datuk Sherry terus menggelar Fariz yang berkulit gelap sebagai Mr. Arang.

Fariz pula berasal dari kampung dan merupakan sumber pendapatan bagi keluarganya. Satu hari, Fariz terlanggar kereta Irma. Irma terus mengamuk dan meminta ganti rugi sebanyak RM 5 ribu. Fariz terkejut dimarahi oleh Irma walaupun dia yang bersalah. Bagi Fariz, maruahnya seperti tercalar dan egonya tercabar. Selepas insiden kemalangan itu, Irma tidak menerima apa-apa berita daripada Fariz. Irma didesak oleh ibunya lagi dan mahu dikahwinkan dengan sepupunya, Imran. Mengetahui niat Imran sebenarnya mempunyai agenda untuk mengambil alih syarikat ibunya, Irma tolak serta-merta.

Tidak mempunyai pilihan lain, Irma hanya boleh memikirkan Fariz seorang sahaja lagi yang boleh menyelamatkannya daripada paksaan Datuk Sherry. Fariz dijadikan mangsa buat Irma dengan perjanjian hutang Fariz dapat dilangsaikan jika Fariz bersetuju untuk menjadi teman lelakinya. Irma juga berjanji dia tidak akan mengganggu Fariz lagi selepas itu. Fariz terpaksa bersetuju. Datuk Sherry yang langsung tidak menyukai Fariz mengesyaki hubungan sebenar anaknya dengan Fariz lalu mendesak Irma untuk berkahwin kerana dia ingin menguji. Namun, Encik Azman, ayah Irma sangat sukakan cara Fariz kerana Fariz menyerupai hidupnya masa muda dulu.

Akhirnya Irma mahu mengupah Fariz sebagai suami kontrak untuk tiga bulan. Manakala, Fariz pula mendapat idea untuk mengenakan Irma. Fariz meletakkan syarat bahawa Irma perlu ikut dia balik ke kampung. Fariz membuat beberapa permintaan yang melampau dengan harapan Irma akan insaf dan membatalkan niatnya. Irma hanya menuruti semua permintaan Fariz. Di kampung, Irma terharu dengan layanan baik oleh Mak Tom, ibu Fariz. Bagaimanakah hidup rumah tangga mereka? Adakah cinta bakal hadir di antara Fariz dan Irma?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Pelakon kanak-kanak

sunting
  • Muntazar Ghufran sebagai Afiq

Rujukan

sunting
  1. ^ Love You Mr. Arang (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 17 Mac 2019.
  2. ^ Ardini Sophia Sina (12 Februari 2017). "Amirul kian ligat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-29. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  3. ^ Budiey (22 November 2016). "Hanna Aqeela dipaksa kahwin dalam Love You Mr. Arang". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Mac 2017.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Love You Mr. Arang Berikutnya
Tak Beli Tak Cinta Hantu Punya Bos