Lotte Mart
Lotte Mart ialah pasar raya besar Korea Selatan yang menjual pelbagai barang runcit, pakaian, mainan, elektronik, dan barang-barang lain, dengan markas di Korea Selatan.[1] Lotte Mart ialah bahagian dari Lotte Co., Ltd. yang menjual perkhidmatan makanan dan membeli-belah di Korea Selatan dan Jepun.[2] Lotte Mart, sebahagian daripada konglomerat Korea "Lotte", membuka cawangan pertamanya di Guui-dong, GangByeon, Seoul, Korea pada 1 April 1998.[3] Pada tahun 2006, Lotte Mart membuka cawangan pertama di luar negara. Pada 8 Ogos 2011, Lotte Mart memiliki 199 cawangan (92 cawangan di Korea, 82 cawangan di China, 23 cawangan di Indonesia, dan 13 cawangan di Vietnam).[4] Jenama yang dibuat dan dijual oleh Lotte termasuk Herbon, Wiselect, Withone, Basicicon, Tasse Tasse, dan Gerard Darel.
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Peruncitan |
Ditubuhkan | 1998 |
Pengasas | Shin Kyuk-Ho |
Ibu pejabat | Seoul , Korea Selatan |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Keluaran | Makanan segar, makanan yang diproses, barang harian, perkakas elektrik, pakaian dan lain-lain |
Pemilik | Lotte Shopping |
Tapak web | company |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada bulan April 2018, Lotte Mart mengesahkan untuk keluar dari operasi Beijing dengan menjual 21 gedung Beijingnya kepada pengendali pasar raya China, Wumei Holdings Inc.[5]
Rujukan
sunting- ^ "EBSCOhost Login". search.ebscohost.com.
- ^ Lotte Corporation
- ^ "LOTTE". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-17. Dicapai pada 1 July 2015.
- ^ "mk 뉴스 Lotte Mart to Relocate to China Once Overseas Sales Surpass Domestic Performance". News.mk.co.kr. Dicapai pada 2013-03-21.
- ^ "Lotte Mart to sell Chinese biz to Wumart for US$230m". www.theinvestor.co.kr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-27.
Pautan luar
sunting- Laman web bahasa Korea
- Laman web rasmi Kumpulan Lotte Korea (dalam bahasa Inggeris)