Lotte Chemical Titan
Lotte Chemical Titan Holdings Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Titan Chemicals Corp. Bhd.) ialah sebuah syarikat pengeluar petrokimia (olefin) dan polimer (poliolefin) berintegrasi yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ia juga merupakan pengeluar poliolefin yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini diasaskan sebagai usaha sama di antara Datuk T.T. Chao daripada Chao Group International dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui anak syarikatnya, PNB Equity Resources Corporation (PERC).[1]
Nama dahulu | Titan Chemicals Corp Sdn Bhd |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Sendirian Berhad |
Industri | Kimia, pengilangan |
Ditubuhkan | 1989 |
Ibu pejabat | 6th Floor, Bangunan Malaysian Re, No. 17, Lorong Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Lee Dong-Woo, Presiden & CEO |
Keluaran | plastik |
Pemilik | Lotte Chemical |
Bilangan kakitangan | 1,000 |
Syarikat induk | Lotte Chemical Corporation |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Titan Chemicals membina kilang pertamanya di Pasir Gudang, Johor pada tahun 1989. Kini, syarikat ini mempunyai lapan kilang pemprosesan yang berintegrasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di Johor yang mempunyai kapasiti keluaran sehingga 2,000,000 MTA untuk olefin, polyolefin dan produk-product berkaitan.
Poliolefin Titan Chemicals, yang terdiri daripada polietilena (PE) and polipropilena (PP), termasuk diguna oleh pelanggan-pelanggan konsumer dan perindustriaan. Kegunaannya termasuk:
- filem pembungkusan
- beg sampah
- komponen kereta
- botol dan penutup plastik
- sebatian untuk penebatan dawai dan kabel.
Poliolefin menggantikan bahan-bahan biasa seperti logam, kaca, kertas dan kayu.
Rujukan
sunting- ^ "Founding Shareholders". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2012. Dicapai pada 24 July 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)
Pautan luar
sunting- Laman web rasmi Diarkibkan 2011-08-08 di Wayback Machine