Lonely Soldier Boy
Lonely Soldier Boy ialah album studio ketiga oleh kumpulan rock Malaysia, Hujan yang dikeluarkan pada 25 November 2010. Ia merupakan album petama Hujan yang diterbitkan oleh Morning Rocket Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Sebanyak lima lagu di dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Lonely Soldier Boy menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-18.[1][2][3]
Lonely Soldier Boy | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 25 November 2010 | |||
Dirakamkan pada | 2009-2010 | |||
Genre | Alternative rock, Indie | |||
Syarikat | Morning Rocket, Warner Music Malaysia | |||
Kronologi Hujan | ||||
| ||||
Single daripada Lonely Soldier Boy | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Penerbitan
suntingBerbanding album kedua, Mencari Konklusi yang hanya mengandungi 7 lagu, Lonely Soldier Boy memuatkan sebanyak 14 lagu sepertimana album pertama. Untuk album ini, Hujan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif biarpun mereka cuba bereksperimentasi dengan sesuatu yang baru.[4][5]
Keluaran dan sambutan
suntingLonely Soldier Boy dikeluarkan pada 25 November 2010. "Muda", "Inspektor Remos" dan "Lonely Soldier Boy" telah dikeluarkan sebagai single untuk album ini. Majlis pelancaran album ini diadakan pada tarikh sama, secara kerjasama dengan Warner Music Malaysia dan Radio Era di Boulevard, pintu depan Berjaya Times Square, Jalan Imbi. Ia turut dihadiri oleh peminat setia Hujan dan para media yang dijemput khas.[4]
Senarai runut
suntingKesemua runut ditulis dan digubah oleh Hujan.
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Inspektor Ramos" | 2:56 | |
3. | "Bahagia" | 2:39 | |
4. | "Bagaikan Matahari" | 3:49 | |
5. | "Kasihan" | 3:32 | |
6. | "Lonely Soldier Boy" | 3:04 | |
7. | "Kotak Hati" | 4:54 | |
8. | "Walaupun Jauh" | 3:50 | |
9. | "Jangan Kejutkan Dia" | 4:12 | |
10. | "Muda" | 3:09 | |
11. | "Hampir" | 3:27 | |
12. | "Sentiasa Ada" | 2:54 | |
13. | "Aku Yang Asing" | 3:18 | |
14. | "Di Kala Bulan Bermain Biola" | 4:13 | |
Sejarah keluaran
suntingNegara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 25 November 2010 | Muat turun digital[6] Penstriman digital[7] |
Morning Rocket, Warner Music Malaysia |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Anugerah Industri Muzik ke-18 | Lonely Soldier Boy | Kulit Album Terbaik | Tercalon |
Rakaman Album Terbaik | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Siti Azira Abd. Aziz (9 November 2010). Hujan lancar album baru 25 November ini mStar Online. Diperoleh pada 10 Mac 2011.
- ^ Album review: Hujan - Lonely Soldier Boy The Wknd (25 Disember 2010). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
- ^ Lonely Soldier Boy, buah tangan terbaru Hujan buat peminat Rotikaya (22 November 2010). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
- ^ a b Budiey (26 November 2010). Band Hujan lancar album Lonely Soldier Boy Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 10 Mac 2011.
- ^ Who dares wins The Star Online (26 November 2010). Diperoleh pada 10 Mac 2011. — melaui Pressreader.
- ^ "Lonely Soldier Boy". iTunes Store (MY). Apple. 17 Januari 2011. Dicapai pada 17 April 2018.
- ^ "Lonely Soldier Boy - album by Hujan". Spotify. 17 Januari 2011. Dicapai pada 17 April 2018.