Loke Yew
Loke Yew (Cina ringkas: 陆佑 ; Cina tradisional: 陸佑 ; pinyin: Lù Yòu), lahir Wong Loke Yew, CMG, LL.D. (1845–1917) merupakan antara tokoh perniagaan Malaysia berkelahiran China.[1] Semasa hayatnya, beliau memainkan peranan penting di dalam pembangunan Kuala Lumpur dan juga merupakan salah seorang bapa pengasas Victoria Institution di Kuala Lumpur.
Loke Yew | |
---|---|
陆佑 | |
Kelahiran | Wong Loke Yew 9 Oktober 1845 |
Meninggal dunia | 24 Februari 1917 (umur 71) |
Sebab kematian | Malaria |
Dikebumikan | Hawthornden Estate 3°11′0″N 101°45′0″E / 3.18333°N 101.75000°E |
Terkenal kerana | Perintis Kuala Lumpur |
Pasangan | Leung Suet (isteri pertama) Leung Jun (isteri kedua) Lim Shuk Kwei (isteri ketiga, meninggal 1914) Lim Cheng Kim (isteri keempat; l. 1895, m. 1981) |
Anak-anak | Anak lelaki Loke Wan Piu Loke Wan Chok Loke Wan Chiew Loke Hon Chow Alan Loke Wan Wye Loke Wan Yat Loke Wan Tho Anak perempuan Loke Yuen Hing Juliann Loke Yuen Ying Loke Yuen Theng (Mrs Choo Kok Leong) Loke Yuen Peng (Lady Percy McNiece) |
Saudara | Cucu Ruby Loke Yuen Kin Professor Charlie Loke Yung Wai Choo Mei Leen Cicit Nancy Kwan Kington Loo |
Loke Yew | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 陸佑 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 陆佑 | ||||||
| |||||||
Alternative Chinese name | |||||||
Tulisan Cina Tradisional | 黃如佑 | ||||||
Tulisan Cina Ringkas | 黄如佑 | ||||||
|
Kehidupan awal
suntingLoke dilahirkan dari ibu bapa yang rendah hati di kampung Dongjiang, daerah Heshan, wilayah Guangdong, China, pada tahun 1845. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya di China sebelum memutuskan untuk berlayar ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Beliau berusia 13 tahun ketika itu. Loke Yew menggugurkan nama keluarganya Wong ketika tiba di Singapura, dan menukar nama pertengahannya menjadi 陸 (Lù) dan mengambilnya sebagai nama keluarganya kerana beliau berfikir bahawa nama baharu lebih baik. Saudara-saudaranya mencadangkannya untuk bekerja di Kwong Man General Store, kedai peruntukan di Market Street dan memperoleh $20 sebulan. Loke yang masih muda berjimat dan berjaya menyimpan $ 99 selepas 4 tahun bekerjaa keras. Dengan wang itu, beliau memulakan kedai sendiri yang dikenali sebagai Tong Hing Loong. Perniagaannya semakin berkembang dari semasa ke semasa dan Loke memberi tanggungjawab menhaga kedainya kepada pekerjanya ketika dia pergi ke utara Malaya, khususnya Perak untuk meneroka perniagaan perlombongan bijih timah.[2]
Rujukan
sunting- ^ malaysiafactbook.com
- ^ Po-yin Stephanie, Chung (2008). "A New Chapter in the Cathay Story" (PDF). Hong Kong Film Archive. Dicapai pada 24 March 2008.[pautan mati kekal]
Pautan luar
sunting- Biography of Loke Yew – Andrewkidz Collections Library[pautan mati kekal]
- The Demise of the Revenue Farm System in the Federated Malay States
- When the `towkay' reigned
- Honoree: Choo Meileen
- The original media man, INVESTOR DIGEST
- The original media man
- Interview with the grandson of Loke Yew and Reproductive Immunologist Dr. Charlie Loke Yung Wai by Alan Macfarlane, 22 February 2007 – Interview provides insight into his grandfather Loke Yew and the family.
- Kington among men, by Allan Koay, The Star Online, 26 March 2003 – Obituary on Dato' Kington Loo (d. 21 March 2003)