Logi Kuasa Indramayu
Logi Kuasa Indramayu atau Logi Kuasa Pembangkit Listrik Tenaga Uap Indramayu merupakan sebuah logi kuasa eletrik yang terdapat di Jawa Barat, Indonesia. Logi Kuasa Pembangkit Listrik Tenaga Uap Indramayu terdiri daripada Pembangkit Listrik Tenaga Uap (PLTU) dengan keupayaan pengeluaran 990 MW.
Pengagihan eletrik
suntingSehingga Disember 2011, penggunaan eletrik perkapital Indonesia adalah antara yang rendah, dan kebanyakan penggunaannya adalah bagi tujuan kegunaan peribadi. Selain itu ramai penduduk tidak mendapat bekalan eletrik disebabkan sesebahagian wilayah provinse tidak bersambung dengan grid kuasa kebangsaan (terutamanya di pulau-pulau kecil).
Sehingga 2012,terdapat 12 wilayah provinse yang memiliki kurang 60% kadar penembusan bekalan eletrik, disebabkan masalah jaringan infrastruktur, pengangkutan dan pengagihan pada kepulauan luar yang menyulitkan usaha kerajaan bagi membekalkan kawasan terpencil dengan bekalan eletrik.
Keupayaan
suntingLogi Kuasa Pembangkit Listrik Tenaga Uap Indramayu mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sehingga 990 Megawatt kuasa eletrik yang digunakan bagi membekalkan kuasa eletrik di Jawa Barat.