Loewe
LOEWE (Sebutan Sepanyol: [loˈeβe])[1] ialah sebuah rumah fesyen mewah yang beribu pejabat di Madrid dan dimiliki oleh LVMH Group. Ditubuhkan di Sepanyol pada tahun 1846, LOEWE telah hampir 175 tahun berdiri sebagai salah satu rumah fesyen mewah terbesar di dunia. Sejak 2013, di bawah kepemimpinan pengarah kreatif Jonathan Anderson, LOEWE mengangkat imej baru, sebagai rumah fesyen yang fokus pada kraftangan dan budaya, dan dibuktikan melalui pendekatan yang cerdas dan cerdik terhadap mod, gaya hidup Sepanyol yang menonjol, dan keahlian tinggi dalam menggunakan bulu.
Jenis/bentuk sah | Sociedad Anónima |
---|---|
Industri | Peruncitan |
Ditubuhkan | 1846 |
Pengasas | Enrique Loewe Roessberg |
Ibu pejabat | Madrid, Sepanyol |
Tokoh penting | Jonathan Anderson (Pengarah Kreatif) Pascal Lepoivre (CEO) |
Keluaran | Pakaian |
Hasil | ▼ €61.3 juta (2012) |
Pemilik | LVMH |
Bilangan kakitangan | 1,300 |
Syarikat induk | LVMH Moët Hennessy - Louis Vuitton S.A. |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
LOEWE mempunyai legasi yang kaya dengan ketukangan sejak permulaannya sebagai bengkel kolektif dan telah lama menghargai teknik artisanal dalam pendekatannya untuk mereka bentuk dan menghasilkan. Nilai teras ini tercermin dalam kepercayaan jenama mengenai pentingnya kraf dalam budaya hari ini, tafsiran moden mengenai pencapaian kesenian sejarah dan komitmennya untuk menyokong seni kontemporari, kraf dan budaya di seluruh dunia.[2]
Rujukan
suntingPautan luar
suntingKategori berkenaan Loewe di Wikimedia Commons