Lockheed Martin X-35
Lockheed Martin X-35 merupakan sebuah pesawat eksperimen yang dibangunkan oleh Lockheed Martin untuk bersaing dalam Program Pejuang Penyerang Bersama (Bahasa Inggeris:Joint Strike Fighter Program) atau JSF. Ia telah diumumkan sebagai pemenang ke atas pesawat Boeing X-32 dan akan dikeluarkan sebagai F-35 Lightning II.
X-35 JSF | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat eksperimen |
Pengeluar | Lockheed Martin Aeronautics Northrop Grumman BAE Systems |
Penerbangan sulung | 2000 |
Status | Dibersarakan (muzium) |
Pengguna utama | Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) |
Jumlah dibina | 2 |
Kelainan | F-35 Lightning II |
Pembangunan
suntingJSF dibangunkan berdasarkan keperluan untuk pesawat pejuang baru bagi mengantikan pesawat-pesawat sedia ada. Kontrak pembangunan JSF telah ditandatangani pada 16 November 1996.
Kontrak untuk Sistem Pembangunan dan Demonstrasi telah dianugerahkan pada 26 Oktober 2001 kepada Lockheed Martin, yang mana pesawat X-35 telah berjaya mengalahkan Boeing X-32. Pegawai Jabatan Pertahanan A.S dan Menteri Perolehan Pertahanan UK, William Bach telah menyatakan bahawa keupayaan pesawat X-35 secara konsistennya adalah lebih baik berbanding X-32, meskipun keupayaan kedua-dua pesawat ini sebenarnya melepasi keperluan yang digariskan.
Spesifikasi (X-35)
suntingBeberapa maklumat berdasarkan anggaran.
Data dari Lockheed Martin[1][pautan mati][2][pautan mati]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 50 kaki 6 in (15.37 m)
- Rentang sayap: 35 kaki 0 in (10.65 m)
- Tinggi: 17 kaki 4 in (5.28 m)
- Sayap luas: 459.6 kaki² (42.7 m²)
- Berat kosong: 26,000 lb (11,793.40 kg)
- Berat berisi: 44,400 lb (19,960 kg)
- Berat berlepas maksimum: 60,000 lb (27,220 kg)
- Loji kuasa: 1× Pratt & Whitney F135 turbofan lepas bakar digandingkan dengan Sistem Angkatan Rolls-Royce Lift untuk menghasilkan tujahan angkatan 18,000 lbf (80 kN)
- Tujahan kering: 28,000 lbf (128 kN)
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 43,000 lbf (191 kN)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach > 1.6 (Mach 1.8 anggr.) (1,200 bsj, 1930 km/j)
- Jarak: ~1,200 batu nautikal[3] (~2,222 km [4])
- Kadar kenaikan: Rahsia ()
- Beban sayap: 91.4 lb/kaki² (446 kg/m²)
- Tujahan/berat: 0.968 dengan minyak penuh, 1.22 dengan 50% minyak
Lihat juga
sunting- Perbandingan pesawat pejuang abad ke-21
- Sistem Serangan Udara Masa Depan
- Pesawat Tempur Bersama
- Pejuang Taktikal Termaju
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Senarai berkaitan
Rujukan
sunting- ^ Lockheed-Martin F-35 statistics summary (Zip File)
- ^
Lockheed-Martin media kit fact sheets (Zip File) - ^ dengan bahan api dalaman
- ^ bahan api dalaman
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lockheed Martin X-35. |
- Tapak rasmi JSF
- PBS NOVA: Battle of the X-Planes (JSF selection)
- F-35 JSF news articles Diarkibkan 2005-09-09 di Wayback Machine
- "Lockheed Martin JSF photo gallery". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-27. Dicapai pada 2009-01-06.
- Data on the F-35 Joint Strike Fighter (JSF) by the Federation of American Scientists