Liturgi Waktu (Latin: Liturgia Horarum) adalah suatu set buku ibadat yang disediakan oleh Gereja Katolik Rom, yakni ibadat doa yang wajib dibaca dalam pengabdian kepada Tuhan pada waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Gereja (waktu kanun). Ianya wajib dibaca oleh semua paderi Gereja Katolik, biarawan serta biarawati.

Waktu Kanun

sunting

Sebelum Majlis Vatikan Ke-2 bersidang, terdapat 8 waktu utama yang doa perlu diucapkan dalam satu hari, iaitu:

  1. Ibadat Matina (Ibadat Tengah Malam)
  2. Ibadat Laudem (Ibadat Subuh)
  3. Ibadat Prima (Ibadat Jam Pertama - doa pukul 6 pagi)
  4. Ibadat Terce (Ibadat Jam Ketiga - doa 3 jam selepas Ibadat Prima)
  5. Ibadat Sekte (Ibadat Tengah Hari)
  6. Ibadat Nona (Ibadat Jam Kesembilan - doa 9 jam selepas Ibadat Prima)
  7. Ibadat Vesper (Ibadat Petang)
  8. Ibadat Kompletorium (Ibadat Malam - doa sebelum tidur).

Selepas Majlis Vatikan Ke-2 diadakan, Ibadat Matina dihapuskan, dan meninggalkan hanya 7 ibadat utama. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah biara, terutamanya biara Santo Benediktus, yang masih mengamalkan Ibadat Prima ini, dan dengan itu mempunyai susunan Mazmur mereka sendiri yang berlainan dari yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Majlis Vatikan Ke-2.