Linea nigra, juga dikenali sebagai garis kehamilan, adalah garisan pada perut semasa kehamilan. [1] Ia biasanya mempunyai lebar sehingga 3 inci, keperangan hingga kehitaman, dan memanjang secara menegak di garis tengah dari tudun ke pusar. Ia berbeza-beza mengikut individu dan boleh merebak kebahagian atas abdomen. Dalam kehamilan pertama, permulaan biasanya dalam 3 bulan; bagaimanapun, ia mungkin muncul lebih awal dalam kehamilan berikutnya. [2] Ia biasanya dikaitkan dengan tompok gelap pada pipi dan puting. [6]

Linea nigra
Nama lain
Garis kehamilan
Linea nigra pada perut ibu mengandung
PengkhususanObstetrik, dermatologi
Gejala1 cm (0.4 in) lebar, garisan kehitaman, daripada tundun hingga pusar[1]
Permulaan biasa
bulan ketiga kehamilan atau lebih awal[2]
PuncaTidak jelas[3]
mengikut keadaan[1]
Café au lait macules, hiperpigmentasi pascaradang, flagellate hiperpigmentasi[1]
PencegahanKrim matahari[4]
RawatanTiada rawatan[1]
PrognosisBiasanya hilang setahun selepas kelahiran[5]
Kekerapan>90% ibu mengandung[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Punca ia terjadi adalah tidak jelas tetapi dipercayai melibatkan peningkatan estrogen yang merangsang kewujudan melanin. [1] [3] Diagnosis adalah mengikut penampilan garisan ini. Ia tidak memerlukan sebarang rawatan secara khusus dan biasanya pudar dalam tempoh setahun selepas kehamilan. [5] Tahap pigmentasi boleh dikurangkan dengan mengelakkan matahari atau menggunakan pelindung matahari pada kawasan tersebut. [4]

Hampir 90% daripada wanita hamil terjejas, pada tahap yang berbeza. [1] Wanita yang mempunyai kulit yang gelap adalah lebih berkemungkinan terjejas. Sehingga 30% orang yang menggunakan pil kawalan kelahiran mungkin mengalami keadaan ini, ia juga muncul pada kanak-kanak dan lelaki. [4] Istilah ini berasal dari bahasa Latin untuk "garis hitam". [6]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f g h "Linea nigra". dermnetnz.org (dalam bahasa Inggeris). DermNet. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
  2. ^ a b Perry, Shannon E.; Hockenberry, Marilyn J.; Lowdermilk, Deitra Leonard; Wilson, David; Alden, Kathryn Rhodes; Cashion, Kitty (9 September 2017). Maternal Child Nursing Care - E-Book (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 162. ISBN 978-0-323-47921-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
  3. ^ a b Tyler, Kelly H. (24 July 2020). Cutaneous Disorders of Pregnancy (dalam bahasa Inggeris). Springer Nature. m/s. 3. ISBN 978-3-030-49285-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
  4. ^ a b c Blackburn, Susan Tucker (2007). Maternal, Fetal, & Neonatal Physiology: A Clinical Perspective (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 517. ISBN 978-1-4160-2944-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
  5. ^ a b Bobonich, Margaret; Nolen, Mary; Honaker, Jeremy; DiRuggiero, Douglas (14 May 2021). Dermatology for Advanced Practice Clinicians: A Practical Approach to Diagnosis and Management (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. PT1412. ISBN 978-1-9751-4837-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.
  6. ^ a b The Science of Pregnancy: The Complete Illustrated Guide From Conception to Birth (dalam bahasa Inggeris). Penguin. 29 October 2019. m/s. 138. ISBN 978-1-4654-9921-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2024. Dicapai pada 11 January 2024.