Linda Tsen Thau Lin
Datuk Linda Tsen Thau Lin (Bahasa Cina: 曾道玲 ; pinyin: Zēng Dào Líng) merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau kini adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Batu Sapi di Sabah, menwakili Parti Bersatu Sabah (PBS) dari gabungan Barisan Nasional.[1]
Yang Berhormat Datuk Linda Tsen Thau Lin PGDK (Sabh); JMN | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Batu Sapi, Sabah | |
Dalam jawatan 2010–2018 | |
Didahului oleh | Edmund Chong Ket Wah |
Digantikan oleh | Liew Vui Keong |
Majoriti | 3,798 (PRU-13) 6,359 (PRK Batu Sapi 2010) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sandakan, Borneo Utara | 29 Julai 1956
Parti politik | PBS—Barisan Nasional |
Pasangan | Edmund Chong Ket Wah (m. 9 Oktober 2010) |
Anak | 4 |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Tsen yang dilahirkan di Sandakan pada tahun 1956, mengikut persekolahan awalnya di Sekolah Rendah Chi Hwa dan Sekolah Menengah Tiong Hwa, di sini. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di St Brandon School, United Kingdom, dan Trinity College of Music, London serta Fellowship London College of Music[2] merupakan seorang ahli musik dan guru piano serta adalah presiden Persatuan Musik Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Music Society.[3]
Tsen buat kali pertama dipilih sebagai ahli parlimen setelah berjaya memenangi kerusi parlimen Batu Sapi yang sebelum itu dipegang mendiang suaminya Edmund Chong Ket Wah di dalam Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010 pada 4 November 2010 yang diadakan akibat kematian mengejut suaminya di dalam kemalangan. Beliau menwakili Barisan Nasional mengalahkan calon-calon pembangkang dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan the Parti Keadilan Rakyat (PKR).[4] Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Elopura.
Keputusan Pilihan Raya
suntingTahun | Barisan Nasional | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | Pembangkang | Undi | % | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2010[6] | Linda Tsen (PBS) | 9,773 | 64% | Ansari Abdullah (PKR) | 3,414 | 22% | Yong Teck Lee(SAPP) | 2,031 | 13% | |||
2013 | Linda Tsen (PBS) | 13,085 | 57% | Hamzah Abdullah (PAS) | 9,287 | 41% | ||||||
2018 | Linda Tsen (PBS) | 8,357 | 25.7%2 | Liew Vui Keong (WARISAN) | 12,976 | 39.8%2 |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Linda Tsen Thau Lin, Y.B. Datin". Parliament of Malaysia (dalam bahasa Malay). Dicapai pada 8 January 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "LINDA TSEN THAU LIN, BALU MENDIANG EDMUND CHONG CALON BN DI BATU SAPI". Admin Keruak.com. 24 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 21 January 2011.
- ^ "Linda Tsen, the late MP's widow, is BN candidate for Batu Sapi". Sin Chew Jit Poh. 25 October 2010. Dicapai pada 8 January 2011.
- ^ "A chronology of political events in Malaysia in 2010". The Malay Mail. Media Prima Berhad. 30 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-22. Dicapai pada 8 January 2011.
- ^ "Batu Sapi: Linda Tsen wins by whopping 6,359 majority". The Star. Star Publications. 4 November 2010. Dicapai pada 8 January 2011. Percentage figures based on total turnout.
- ^ A SAPP candidate, Yong Teck Lee, received 2,031 votes.