Liang Wudong
Liang Wudong (Cina: 梁武东; pinyin: Liáng Wǔdōng; Mac 1959 – 25 Januari 2020) ialah seorang doktor di Hospital Xinhua di Hubei yang merupakan doktor pertama meninggal dunia daripada pandemik koronavirus 2019–20 akibat jangkitan nosokomial.[1]
Liang Wudong | |
---|---|
Kelahiran | Mac 1959 China |
Meninggal dunia | 25 Januari 2020 | (umur 60)
Sebab kematian | COVID-19 |
Kerakyatan | China |
Pekerjaan | Doktor |
Terkenal kerana | Menjadi doktor pertama meninggal dunia akibat pandemik koronavirus 2019–20 |
Kehidupan
suntingLiang merupakan pengarah Jabatan Otorinolaringologi Hospital Perubatan Cina dan Perubatan Barat Bersepadu Wilayah Hubei (Hospital Xinhua).[2] Beliau mempunyai sejarah penyakit disritmia jantung dan fibrilasi atrium berterusan. Pada 16 Januari 2020, Liang berasa tidak sihat dan mengalami demam panas serta menggigil. Beliau ke Hospital Perubatan Cina dan Perubatan Barat Bersepadu Hubei untuk rawatan dan didapati imbasan tomografi berkomputer menunjukkan bahawa paru-paru beliau putih dan terdapat tanda-tanda jangkitan paru-paru.[3] Selepas didiagnosis penyakit koronavirus 2019, beliau dimasukkan ke wad isolasi untuk rawatan hospital, dan dipindahkan ke Hospital Jinyintan Wuhan pada 18 Januari 2020 untuk meneruskan rawatan. Pada 7 pagi, 25 Januari 2020, Liang meninggal dunia pada usia 60.[4] Pada 3 Februari, Dana Shanxi Zhendong Renai Angel mendermakan 100,000 yuan kepada keluarga Liang dan 2,000 yuan untuk perbelanjaan hidup.[5]
Rujukan
sunting- ^ "武汉医院告急 第一名医生殉职 中国军医团抵达增援" (dalam bahasa Cina). rfi. 25 Januari 2020.
- ^ "武漢肺炎首位醫師殉職 62歲耳鼻喉科主任梁武東今晨不治". 今日新聞.
- ^ "封面报道之一 现场篇:武汉围城". 財新網. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2020.
- ^ "感染新型肺炎去世的医生梁武东为新华医院退休职工". 21世紀經濟報道.
- ^ "病毒无情,"天使"有爱,长江日报联合救助基金守护医护家庭". 長江網. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-29. Dicapai pada 2020-03-22.