Les Trois Mousquetaires
Les Trois Mousquetaires (Tiga Mousquetaire, tajuk dalam bahasa Inggeris: The Three Musketeers ialah sebuah novel pengembaraan tahun 1844 karya Alexandre Dumas. Novel ini mula diterbitkan secara bersiri semasa Monarki Julai dari bulan Mac hingga Julai 1844 dalam akhbar La Siècle.
Umum | |||
---|---|---|---|
Pengarang | Alexandre Dumas | ||
Tajuk asal | Les Trois Mousquetaires | ||
Negara | Perancis | ||
Bahasa | bahasa Perancis | ||
Genre | Cereka sejarah, cereka pengembaraan | ||
Tarikh penerbitan | Mac–Julai 1844 (bersiri) | ||
Halaman | k. 700 m.s. (mengikut edisi cetakan) | ||
Kronologi | |||
|
Novel ini didasarkan riwayat hidup Charles de Batz-Castelmore d'Artagnan melalui watak D'Artagnan yang merantau ke Paris untuk menyertai Mousquetaires de la garde di mana dia bertemu tiga orang askar sekawan di sana di mana mereka mendedahkannya kepada banyak keadaan yang menggentingkan ehwal kerajaan Perancis semasa pemerintahan Ancien Régime.
Jalan cerita
suntingBarisan watak
sunting- D'Artagnan – seorang pemuda yang licik dan berani yang berhijrah ke Paris menjadi seorang askar penembak terbilang.
- Athos – ketua tiga sekawan, berperwatakan kebapaan kepada d'Artagnan. Watak ini diinspirasikan Armand d'Athos.
- Porthos – seorang yang sangat kuat badan dan berperwatakan petah. Belliau suka melaram dan mencari kesempatan mendapatkan keuntungan dari persekitarannya.
- Aramis – seorang yang tidak keruan dalam pilihannya menjadi agamawan meskipun tertarik berpasangan dengan perempuan.
- Armand Jean du Plessis de Richelieu – kardinal yang juga ketua menteri Raja Louis XIII.
- Milady de Winter – pengintip Kardinal Armand, juga bekas isteri Athos.
- Rochefort – pengintip Kardinal, juga musuh ketat d'Artagnan.
Adaptasi
suntingSenarai terjemahan
suntingVersi bahasa Melayu
sunting- Tiga Orang Panglima Perang. Diterjemahkan oleh Nur Sutan Iskandar. Batavia: Balai Poestaka. 1922.
Versi bahasa Inggeris
sunting- The Three Musketeers. Diterjemahkan oleh William Barrow (1817–1877). London: Oxford World. 1846, terbitan semula 1999 (edisi Classics).
- The Three Musketeers. Diterjemahkan oleh Richard Pevear. Penguin Classics. 2006.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Thorpe, Adam (2006-11-25). "Review: The Three Musketeers by Alexandre Dumas, translated by Richard Pevear". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-05-17.
Pautan luar
suntingThe Three Musketeers, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg. Plain text format.