Lepus californicus
Arnab Jack Berekor Hitam (Tulisan Jawi: ارنب جاك برايكور هيتم) disebut juga sebagai 'Lepus californicus' ialah sejenis spesies haiwan arnab yang dijumpai di Amerika Syarikat barat dan Mexico, di mana ia ditemui di kawasan tinggi setinggi 10,000 kaki (3,000 m). Mencapai kepanjangan 2 kaki (61 cm) dan keberatan 3 hingga 6 paun (1.4 hingga 2.7 kg), arnab ini merupakan kelinci Amerika Utara yang ketiga terbesar, selepas Arnab Jack Antelop dan Arnab Jack Berekor Putih. Arnab jack berekor hitam mendiami kawasan campuran pokok renek dan padang rumput. Kekerapan membiaknya bergantung pada tempatnya, iaitu selalunya memuncak pada musim bunga, tetapi boleh beterusan sepanjang tahun di kawasan yang lebih panas iklimnya. Anak arnab lahir berbulu dan terbuka matanya, cukup tersamar dan boleh bergerak beberapa minit selepas lahir. Oleh itu, ibu arnab tidak perlu melindungi atau menjaga anaknya kecuali ketika menyusu. Si ibu melahirkan empat ekor anak sekali secara purata, tetapi mungkin sesedikit dua ekor atau sebanyak tujuh ekor di kawasan panas.
Arnab Jack Berekor Hitam ارنب جاك برايکور هيتم | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | L. californicus
|
Nama binomial | |
Lepus californicus Gray, 1837
| |
Subspesies | |
| |
Taburan Lepus californicus |
Lepus californicus tidak bermigrasi atau berhibernasi pada musim sejuk, sebaliknya berdiam dalam habitat yang seluas 0.4 hingga 1.2 batu persegi (1–3 km2) sepanjang tahun. Pemakanannya terdiri daripada pelbagai jenis pokok renek, pokok kecil, rumput dan forb. Biasanya, arnab ini lebih makan pokok renek pada musim luruh dan sejuk, manakala rumput dan forb diutamakan pada musim bunga dan awal musim panas, tetapi pola pemakanan dan spesies tumbuhannya berbeza mengikut iklim. Arnab ini merupakan mangsa penting bagi burung dan mamalia maging, seperti helang, rajawali, pungguk, koyote, rubah dan kucing liar. Arnab ini juga menjadi perumah kepada hidupan ektoparasit seperti pinjal, sengkenit, kutu, and hama; sebab inilah pemburu tidak gemar memburunya.
Taksonomi dan taburan
suntingWalaupun 17 subspesies telah dikenal pasti, namun bilangan ini mungkin sudah melebihi yang hakiki.[2] Dengan menggunakan analisa gugusan sifat anatomi, Dixon dan lain-lain mendapati bahawa subspesies arnab jack berekor hitam berpecah kepada dua kelompok berbeza yang dipecahkan ke barat dan timur Pergunungan Rocky Colorado dan Sungai Colorado. Mereka mengusulkan bahawa hanya dua infratakson dapat diwajarkan, iaitu subspesies barat L. c. californicus dan subspesies timur L. c. texianus.[3]
Arnab jack berekor hitam merupakan ahli famili Lepus yang paling luas bertaburan di Amerika Utara. Populasi aslinya berasal di Washington tengah ke timur hingga Missouri, dan ke selatan hingga Baja California Sur dan Zacatecas di Mexico. Taburan arnab jack berekor hitam meluas ke arah timur hingga ke Great Plains sehingga menjejaskan arnab jack berekor putih.[2] Arnab jack berekor hitam berjaya diperkenalkan ke Florida selatan dan sepanjang pesisir pantai di Maryland, New Jersey, dan Virginia.[4][5]
Taburan subspesies yang ditemui sepenuhnya atau separanya di AS adalah seperti berikut[5][6]:
- Lepus californicus altamirae (Nelson)
- L. c. asellus (G. S. Miller)
- L. c. bennettii (Gray) – pantai California selatan hingga Baja California Norte
- L. c. californicus (Gray) – pantai Oregon hingga pantai dan Central Valley California
- L. c. curti (E. R. Hall)
- L. c. deserticola (Mearns) – Idaho selatan hingga Sonora
- L. c. ememicus (J. A. Allen) – Arizona tengah hingga Sonora
- L. c. festinus (Nelson)
- L. c. magdalenae (Nelson)
- L. c. martirensis (J. M. Stowell)
- L. c. melanotis (Mearns) – Dakota Selatan hingga Iowa, Missouri, dan Texas tengah
- L. c. merriamai (Mearns) – Texas selatan dan tenggara hingga Tamaulipas
- L. c. richardsonii (Bachman) – California tengah
- L. c. sheldoni (W. H. Burt)
- L. c. texianus (Waterhouse) – Utah tenggara dan Colorado barat daya hingga Zacatecas
- L. c. wallawalla (Merriam) – Washington timur hingga California timur laut dan Nevada barat laut
- L. c. xanti (Thomas)
References
sunting- ^ Mexican Association for Conservation and Study of Lagomorphs (AMCELA), Romero Malpica, F.J. & Rangel Cordero, H. (2008) Lepus californicus di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 01 February 2010.
- ^ a b Flux, J. E. C. 1983. Introduction to taxonomic problems in hares. Acta Zoologica Fennica. 174: 7–10
- ^ Dixon, K. R. et al.. 1983. The New World jackrabbits and hares (genus Lepus).--2. Numerical taxonomic analysis. Acta Zoologica Fennica. 174: 53–56
- ^ Chapman, J. A.; Dixon, K. R.; Lopez-Forment, W.; Wilson, D. E. 1983. The New World jackrabbits and hares (genus Lepus).--1. Taxonomic history and population status. Acta Zoologica Fennica. 174: 49–51
- ^ a b Dunn, John P.; Chapman, Joseph A.; Marsh, Rex E. 1982. Jackrabbits: Lepus californicus and allies. In: Chapman, J. A.; Feldhamer, G. A., eds. Wild mammals of North America: biology, management and economics. Baltimore, MD: The Johns Hopkins University Press ISBN 0801823536
- ^ Hall, E. Raymond. 1951. A synopsis of the North American Lagomorpha. University of Kansas Publications, Museum of Natural History. 5(10): 119–202
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lepus californicus. |
- "Lepus californicus". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 23 Mac 2006.