Leo III dari Isauria
Leo III dari Isauria (Yunani: Λέων ὁ Ἴσαυρος, rumi: Leōn ho Isauros ; Latin: Leo Isaurus ; s. 685 – 18 Jun 741), juga dipanggil Leo dari Syria, merupakan Maharaja Byzantium dari tahun 717 hingga kemangkatannya pada tahun 741 dan juga pengasas dinasti Isauria.[1] Baginda menamatkan Anarki Dua Puluh Tahun, zaman pergolakan yang besar dalam Empayar Byzantium antara tahun 695 dan 717, apabila maharaja-maharaja asyik bertukar ganti dan tentera Byzantium mengalami kekalahan demi kekalahan dan hilang banyak wilayah dalam abad ke-7. Baginda juga berjaya mempertahankan Empayar daripada pencerobohan tentera Umaiyah dan mengharamkan pemujaan ikon.[2]
Leo III dari Isauria | |||||
---|---|---|---|---|---|
Maharaja Rom | |||||
Maharaja Byzantium | |||||
Pemerintahan | 25 Mac 717 – 18 Jun 741 | ||||
Didahului oleh | Theodosius III | ||||
Diikuti oleh | Constantine V | ||||
Keputeraan | Konon s. 685 Germanikeia, Kekhalifahan Umaiyah (kini Marash, Turki) | ||||
Kemangkatan | 18 Jun 741 (berumur 55 atau 56) | ||||
Pasangan | Maria | ||||
Anakanda | Constantine V Anna Irene Kosmo | ||||
| |||||
Dinasti | Dinasti Isauria | ||||
Agama | Kristian Kalsedon |
Awal hidup
suntingLeo III dilahirkan di Germanikeia, Commagene, yang terletak di Kahramanmaraş moden di Turki. Nama asal baginda ialah Konon (Yunani: Κόνων ; Latin: Conon atau Cononus).[3] Leo III fasih berbahasa Arab,[4] mungkin sebagai bahasa ibunda,[5] dan disifatkan oleh Teofanes Sang Pengaku sebagai "yang berfikiran Saracen."[6]
Selepas kemenangan Justinianus II, Konon dihantar untuk misi diplomatik ke Alania dan Lazica untuk menjalinkan pakatan menentang Kekhalifahan Umaiyah yang diperintah al-Walid I. Menurut tawarikh yang ditulis oleh Teofanes Sang Pengaku, Justinianus ingin menyingkirkan Konon dan mengambil semula wang yang telah diberikan kepadanya untuk tolong memajukan kepentingan Byzantine, sehingga menyebabkan Konon terkandas di Alania. Catatan sejarah menceritakan bahawa misi itu berjaya dan Konon akhirnya kembali kepada Justinianus selepas menyeberangi pergunungan Caucasus pada bulan Mei dengan kasut salji dan mengambil kubu Sideron, yang dikatakan ialah kubu Tsebelda, dalam perjalanannya.[7]
Konon dilantik sebagai komander (stratēgos) Tema Anatolik oleh Maharaja Anastasius II. Selepas diguling, Konon bergabung dengan teman beliau Artabasdos, stratēgos Tema Armenia, dan berkonspirasi untuk menggulingkan Maharaja Theodosius III yang baharu. Artabasdos bertunang dengan anak perempuan Konon, Anna.[8]
Kematian dan keluarga
suntingLeo III meninggal dunia akibat penyakit basal pada 18 Jun 741 dan dikebumikan di Gereja Para Rasul Suci.[9]
Dengan isterinya Maria, Leo III diketahui mempunyai empat orang anak:
- Constantinus V, dilahirkan pada tahun 718. Dia dinobatkan sebagai maharaja bersama pada tahun 720 dan menjadi maharaja kanan pada tahun 741.
- Anna, lahir sebelum 705. Dia berkahwin dengan bakal maharaja, Artabasdos.[10]
- Kosmo dan Irene. Mereka berdua dikebumikan di dalam keranda marmar dari Proconnesia di Gereja Para Rasul.[11]
Rujukan
sunting- ^ Craig, Graham, Kagan, Ozment dan Turner (2011). The Heritage of World Civilizations. Prentice Hall. m/s. 321. ISBN 978-0-205-80766-6.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Gero, Stephen (1973). Byzantine Iconoclasm during the Reign of Leo III, with Particular Attention to the Oriental Sources. Louvain: Secrétariat du Corpus SCO. ISBN 90-429-0387-2.
- ^ Giovanni Sienda (1761). Lexicon polemicum: In Quo Potiorum Haereticorum Vita Perstringitur, Omnes Contra Fidem Errores Colliguntur.... G - Q. 2. Rieger. m/s. 128. ISBN 9781175927651.
- ^ Hitti, Philip (2002). History of The Arabs. Red Globe Press. m/s. 203. ISBN 0333631420.
- ^ Ball, Warwick (2002). Rome in the East: The Transformation of an Empire. Routledge. m/s. 489. ISBN 0415243572.
- ^ A. A. Vasiliev (1964). History of the Byzantine Empire, 324-1453, Volume 1. University of Wisconsin Press. m/s. 255.
- ^ Theophanes the Confessor (1982). The Chronicle of Theophanes: Anni Mundi 6095–6305 (A.D. 602–813). University of Pennsylvania Press. m/s. 85. ISBN 0812211286.
- ^ Warren Treadgold (1997). A History of the Byzantine State and Society. University of Stanford Press. m/s. 346. ISBN 0804726302.
- ^ Martindale, J. R. (2001), "Leo 3". Prosopography of the Byzantine Empire
- ^ Lilie, Ralph-Johannes et al. (2013). "Anna (#443)". PmbZ
- ^ Lilie, Ralph-Johannes et al. (2013). "Kosmo (#4148)". PmbZ
Leo III dari Isauria Tarikh keputeraan: s. 685 Tarikh kemangkatan: 18 Jun 741
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Theodosius III |
Maharaja Byzantium 25 Mac 717 – 18 Jun 741 |
Diikuti oleh: Constantine V |
Jawatan politik | ||
Didahului oleh Anastasius II pada tahun 714, kemudian luput |
Konsul Rom 718 |
Diikuti oleh: Luput, Constantine V pada 742 |