Lemnoideae ialah subkeluarga tumbuhan akuatik berbunga yang dikenali selaku sesudu itik, kiambang itik[1] atau rumput bebek (duckweed). Tumbuhan ini hidup terapung di permukaan air tawar atau tanah lembap yang tenang atau sedikit mengalir. Kadang-kadang disebut mata lele, mereka datang dari keluarga Arum atau keladi-keladian (Araceae). Sesetengah penggolongan terutama yang dibuat sebelum atau pada hujung abad ke-12, menempatkan mereka dalam keluarga tersendiri, Lemnaceae.[2]

Lemnoideae
Spirodela polyrrhiza dan Wolffia globosa; yang terakhir berukuran kurang dari 2 mm panjang.
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus
Sinonim
  • Lemnaceae

Tumbuhan ini mempunyai struktur ringkas tanpa batang atau daun yang jelas. Keratan yang lebih besar bagi masing-masing pokok adalah struktur "talus" atau "pelepah" kecil yang tersusun hanya setebal beberapa sel, sering ada kantung udara yang membolehkannya terapung di atas permukaan air. Bergantung pada spesies, setiap pokok boleh jadi tidak berakar, atau ada satu atau lebih akar kecil.[3]

Pembiakan kebanyakannya terjadi melalui pertunasan yang berlaku melalui penutupan meristem di dasar pelepah. Kadang-kadang, tiga bunga halus yang terdiri dari dua benang sari dan pistil terbentuk, membolehkan pembiakan seks berlaku.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "kiambang itik". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "Mata Lele". 10: 5–13. Dicapai pada 10 Disember 2021. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Mario A. Blanco; José Esteban Jiménez (Disember 2019). "Duckweeds (Araceae: Lemnoideae) growing on wet, vertical rocks behind a waterfall in Costa Rica, with a new country record of Wolffiella oblonga (Phil.) Hegelm". Adansonia. 41 (15): 193–200. doi:10.5252/adansonia2019v41a15. Dicapai pada 10 Disember 2021.