Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) atau Department of Atomic Energy Malaysia adalah sebuah badan penguatkuasa dan kawalselia aktiviti tenaga atom di Malaysia. Jabatan kerajaan ini adalah di bawah naungan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan diterajui oleh Ketua Pengarah, Y. Brs Hajah Noraishah binti Pungut (mulai Januari 2023). Atom Malaysia menjalankan operasinya menerusi pelbagai bahagian dan cawangan yang mempunyai tanggungjawab khusus dalam perlesenan, pemeriksaan serta penguatkuasaan aktiviti tenaga atom.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1985 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor, Malaysia |
Laman sesawang | https://www.atom.gov.my/ |
Sejarah Penubuhan
suntingSejak tahun 1968 lagi, pengawalan ke atas penggunaan bahan radioaktif terutamanya di dalam bidang perubatan telah dijalankan apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-benda Radioaktif 1968. Perkembangan aktiviti tenaga atom yang pesat di Malaysia sejak itu, melihatkan keperluan pengawalan, pemeriksaan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan melalui penggubalan Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom.
Pada April 1984, Parlimen Malaysia telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) yang membawa kepada penubuhan Atom Malaysia pada Februari 1985 bagi membolehkan Kerajaan Malaysia mengawal, memeriksa dan menguatkuasa aktiviti tenaga atom di dalam negara secara efektif di bawah Akta 304. Pada peringkat awal, Atom Malaysia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dipertanggungjwabkan untuk melaksana serta menguatkuasakan aktiviti tenaga atom mengikut Seksyen 3 Akta 304.
Walau bagaimanapun, pada 27 Oktober 1990, Atom Malaysia telah dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri dan ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kini, Akta 304 sedang dinilai semula bagi memastikan kerelevenan dan keberkesenannya untuk memenuhi keperluan semasa. Dalam penilaian tersebut, Rang Undang-Undang Tenaga Atom adalah cadangan akta yang baharu bagi menggantikan Akta 304.
Objektif Penubuhan
suntingObjektif utama penubuhan Atom Malaysia adalah untuk mengawalselia dan mengawasi aktiviti-aktiviti tenaga atom di seluruh negara bagi memastikan semua aktiviti tersebut dikendalikan dengan selamat dan tidak membahayakan para pekerja, masyarakat awam, harta benda dan juga alam sekitar.
Misi & Visi
suntingMisi
suntingMengawalselia penggunaan tenaga atom demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Visi
suntingBadan kawal selia yang cekap dan berkesan untuk keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan bagi aktiviti tenaga atom di Malaysia.
Fungsi
suntingFungsi Atom Malaysia seperti yang termaktub di bawah Akta 304 adalah seperti berikut:
- Menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984;
- Memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia atas perkara-perkara berhubungan dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan perkembangan berkaitan terutamanya mengenai implikasi perkembangan tersebut bagi Malaysia;
- Mengawal dan mengawasi aktiviti penggunaan tenaga atom dan perkara yang berkaitan dengannya;
- Menubuh, menyenggara, dan membangunkan kerjasama saintifik dan teknikal dengan mana-man badan, institusi, atau organisasi lain berhubungan dengan perkara nuklear atau tenaga atom sebagaimana difikirkan sesuai oleh Lembaga bagi maksud yang terkandung dalam Akta Perlesenan tenaga Atom 1984;
- Melaksana seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Malaysia, bagi memenuhi obligasi yang timbul daripada perjajnjian, konvensyen atau triti berhubungan dengan nuklear atau tenaga atom yang mana Malaysia menjadi satu pihak jika perjanjian, konvensyen, atau triti itu ada hubungan dengan maksud-maksud yang terkandung dalam Akta Perlesenan tenaga Atom 1984;
- Mengerjakan perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi-fungsi Lembaga AELB dibawah Akta Perlesenan tenaga Atom 1984 yang tidak berlawanan dengan maksud-maksud akta itu, sama ada diarahkan atau tidak oleh Menteri.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Rujukan
sunting