Lembaga Pelancongan Singapura
Lembaga Pelancongan Singapura (Bahasa Inggeris: Singapore Tourism Board; Bahasa Cina: 新加坡旅游局; singkatan: STB) adalah sebuah lembaga berkanun Pemerintah Singapura di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan yang ditugaskan untuk mempromosikan industri pelancongan negara.
Pusat Informasi Singapura di Orchard Road | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Januari 1964 | (sebagai Lembaga Penggalakan Pelancongan Singapura)19 November 1997 (sebagai Lembaga Pelancongan Singapura)
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | Tourism Court, 1 Orchard Spring Lane, Singapore 247729 |
Eksekutif agensi | |
Agensi induk | Kementerian Perdagangan dan Perusahaan |
Laman sesawang | www |
ID agensi | T08GB0059L |
Sejarah
suntingLembaga ini ditubuhkan pada tahun 1964 dan dikenali sebagai Lembaga Promosi Pelancongan Singapura (Singapore Tourist Promotion Board, STPB).[3] Pada tahun itu, terdapat 91,000 pengunjung. Tugas utama STPB adalah mengkoordinasi usaha-usaha syarikat hotel, penerbangan dan agensi pelancongan untuk membangunkan industri pelancongan negara yang masih baru ketika itu.
Kemudian, STPB mula melaksanakan idea pemasaran baru untuk mempromosikan imej Singapura ke luar negara. Maka, lembaga ini mereka Merlion, satu lambang yang diilhamkan daripada legenda mitos Singapura, yang menjadi ikon destinasi Singapura. Lembaga ini juga selama ini menyediakan perlesenan agensi pelancongan dan latihan panduan pelancong.
STPB giat mempromosikan pembangunan prasarana, termasuk pembinaan hotel dan tarikan pelancong seperti Taman Burung Jurong dan Pulau Sentosa yang kini menjadi pulau penginapan yang popular untuk pengunjung luar mahupun tempatan. Lembaga ini juga memasarkan bandaraya Singapura sebagai tempat konvensyen dan menganjurkan acara untuk menarik pelancong.
Pada 1980-an, sesetengah kawasan bersejarah dan kebudayaan terpenting seperti Chinatown, Little India dan Jalan Arab diuntukkan untuk pemeliharaan. Tempat-tempat ini menonjolkan kepelbagaian budaya Singapura dan menjadi destinasi pelancongan popular. Sungai Singapura menjalani program pembersihan besar dan kawasan-kawasan sepanjang sungai ini dimajukan menjadi restoran dan kemudahan-kemudahan pelancong yang lain.
Lembaga ini dinamakan semula menjadi Lembaga Pelancongan Singapura pada tahun 1997. Lembaga ini kini menyelia segala aspek pelancongan, termasuk peruntukan sumber dan perancangan strategik jangka masa panjang. STB membuka pejabat-pejabat di seluruh dunia untuk menggiatkan pemasaran destinasi Singapura.
Rujukan
sunting- ^ "Chaly Mah named as STB's new chairman" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2017.
- ^ "Chief Executive for Singapore Tourism Board to Step Down 31 May 2018" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Kementerian Perdagangan dan Perusahaan. 14 Mei 2018. Dicapai pada 16 Jun 2018.
- ^ "Formation of the Singapore Tourism Promotion Board". NLB (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 September 2019.