Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey
Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey (bahasa Inggeris: Port Authority of New York and New Jersey , PANYNJ) ialah sebuah daerah pelabuhan yang ditubuhkan pada tahun 1921 (sebagai Port of New York Authority) menerusi perjanjian antara negeri. PANYNJ mengendalikan kebanyakan prasarana [[pengangkutan] serantau, termasuk jambatan, terowong, lapangan terbang, dan pelabuhan di dalam Pelabuhan New York dan New Jersey. Daerah yang seluas 1,500 batu persegi (3,900 km²) ini terletak tak lebih 25 batu (40 km) dari Patung Liberty di Pelabuhan New York.[1] Ibu pejabat lembaga ini terletak di 225 Park Avenue South di Manhattan.[2]
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Daerah pelabuhan |
Tapak web | Port Authority of New York and New Jersey - Official Website |
Sejarah | |
Dibentuk | 1921 |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Corporate Headquarters The Port Authority of NY & NJ |
Lokasi | |
Koordinat | 40°42′37.472″N 74°0′42.959″W |
Kawasan perkhidmatan | New York dan New Jersey |
sunting · sunting di Wikidata |
PANYNJ merupakan pengendali Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth yang mengendalikan jumlah perkapalan yang ketiga terbanyak di kalangan semua pelabuhan di Amerika Syarikat dan yang terbesar di Hadap Laut Timur pada tahun 2004.[3] Agensi ini turut dilengkapi sebuah jabatan polis tersendiri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah di semua kemudahannya.[4]
Kemudahan
suntingLembaga Pelabuhan New York dan New Jersey menguruskan dan menjaga prasarana yang penting kepada rangkaian perdagangan dan pengangkutan kawasan New York/New Jersey, termasuk lima buah lapangan terbang, pelabuhan New York/New Jersey, sistem transit rel PATH, enam batang terowong dan jambatan antara New York dan New Jersey, Terminal Bas Lembaga Pelabuhan di Manhattan dan tapak World Trade Center.[5]
Pelabuhan
suntingPelabuhan New York dan New Jersey merupakan kompleks pelabuhan terbesar di Timur Laut Amerika Utara. Ia terletak di pusat pasaran pengguna yang paling tertumpu dan mewah di dunia, dengan capaian mudah kepada rangkaian lebuh raya dan keretapi yang paling meluas di dunia. Selain itu, PANYNJ secara langsung memantau operasi tujuh terminal kargo di kawasan New York–New Jersey. Setiap terminal menawarkan perkhidmatan perkapalan, rel dan trak yang menyeluruh.
Lembaga Pelabuhan mengendali pelabuhan-pelabuhan berikut:[5]
- Terminal Marin Pelabuhan Jersey di Bayonne dan Jersey City
- Terminal Marin Lembaga Pelabuhan Brooklyn (gabungan terminal Brooklyn Piers dan Terminal Kontena Red Hook) di Red Hook, Brooklyn, NY
- Terminal Marin Howland Hook di Staten Island.
- Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth di Elizabeth.
Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth merupakan pelabuhan pertama di negara yang menjalani proses pengkontenaan.[6] Pada tahun 2004, pelabuhan-pelabuhan PANYNJ mengendali jumlah dagangan perkapalan ketiga terbanyak di kalangan semua pelabuhan di AS dari segi jumlah tan.[3]
Lapangan terbang
suntingLembaga Pelabuhan mengendalikan lapangan-lapangan terbang yang berikut:[5]
- Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy (Queens, New York)
- Lapangan Terbang LaGuardia (Queens, New York)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty (Newark dan Elizabeth, New Jersey)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Stewart, (Newburgh, New York)
- Lapangan Terbang Teterboro (Teterboro, New Jersey)
Lapangan terbang Kennedy dan LaGuardia adalah milik pemerintah Bandar Raya New York tetapi dipajakkan kepada PANYNJ untuk tujuan pengendalian. Newark Liberty dimiliki oleh Bandar Raya Newark dan juga dipajakkan kepada PANYNJ. Pada tahun 2007, Lapangan Terbang Antarabangsa Stewart yang dimiliki oleh kerajaan Negeri New York, pula dipajakkan kepada PANYNJ.
Landasan helikopter
suntingPANYNJ mengendalikan Downtown Manhattan Heliport (Manhattan, New York).[5]
Jambatan dan terowong
suntingPANYNJ mengurus Terowong Lincoln, Terowong Holland, dan Jambatan George Washington yang bersambung dengan Manhattan dan New Jersey utara; Goethals Bridge, the Outerbridge Crossing and the Bayonne Bridge, which connect Staten Island and New Jersey.
Bas dan transit rel
suntingPANYNJ mengendali sistem alihan laju Port Authority Trans-Hudson (PATH) yang menghubungkan pusat bandar Manhattan dengan New Jersey, sistem AirTrain Newark yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dengan New Jersey Transit dan Amtrak melalui sebuah stesen di landasan Northeast Corridor, dan sistem AirTrain JFK yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dengan Howard Beach (Subway) dan Jamaica (Subway dan Long Island Rail Road).[5]
Antara depoh-depoh bas utama di bawah kelolaan PANYNJ ialah Terminal Bas Lembaga Pelabuhan di 42nd Street, Stesen Bas Jambatan George Washington, dan Pusat Pengangkutan Dataran Journal di Jersey City.
Rujukan
sunting- ^ "2002 Annual Report" (PDF). PANY. 2003.
- ^ "Contact Information." Port Authority of New York and New Jersey. Retrieved on April 15, 2009.
- ^ a b c "Tonnage for Selected U.S. Ports in 2004". U.S. Army Corps of Engineers, Navigation Data Center. Dicapai pada 2006-10-04.
- ^ "Port Authority Announces Police Promotions". PANYNJ. 6 Nov 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-29. Dicapai pada 2011-07-26.
- ^ a b c d e "Facilities and Services". Port Authority of New York and New Jersey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-03. Dicapai pada 2008-09-28.
- ^ Doig, Jameson W. (2001). "Epilogue". Empire on the Hudson. Columbia University Press.