Lembaga Lebuhraya Malaysia

Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231(1980). LLM bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek - projek lebuh raya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Lembaga Lebuhraya Malaysia
Logo LLM
Intisari agensi
Dibentuk24 Oktober 1980; 44 tahun yang lalu (1980-10-24)
JenisAgensi
Ibu pejabatB13 Jalan Serdang-Kajang, Bangi, Selangor, Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi induk
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Laman sesawang
www.llm.gov.my


Peranan dan Aktiviti

sunting

Tujuan

sunting

Tujuan penubuhan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 1980 adalah untuk merancang, merekabentuk, membina dan menyenggara lebuh raya tol di seluruh Semenanjung Malaysia.

Lebuhraya tol yang pertama yang telah dirancang, direkabentuk, dibina dan disenggara di bawah pengawasan LLM ialah Lebuhraya Utara Selatan. Jajaran lebuh raya ini telah disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dimasa itu. Tarikh-tarikh pembukaan bagi bahagian-bahagian jajaran berkenaan adalah seperti di jadual.

Ekoran dari dasar penswastaan kerajaan, Lebuhraya berkenaan dan lain-lain lebuh raya selepas itu telah diswastakan.

Pada bulan Mac 1988 perjanjian konsesi penswastaan Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang telah di tandatangani, iaitu penswastaan projek infrastruktur yang terbesar yang pernah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia, untuk membina baki Lebuhraya Tol Utara - Selatan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang. Perjajian ini adalah untuk selama 30 tahun mulai 1 Jun 1988 dan penyerahan sepenuhnya operasi tol bagi bahagian-bahagian lebuh raya yang telah siap dibuat dalam bulan Disember 1988.

Peranan Yang Dilaksanakan Oleh LLM Selepas Penswastaan Lebuhraya

sunting

LLM memainkan peranan penting dalam mengesan, mengawal, menyelaras dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat - syarikat konsesi dalam urusan operasi dan penyenggaraan lebuh raya bagi pihak kerajaan. Bagi Semua lebuh raya yang sedang beroperasi aspek penyenggaraan adalah amat penting. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua lebuh raya tersebut selamat dan selesa. Kerja - kerja penyenggaraan dan pengawasan dibuat melalui Pejabat - Pejabat Wilayah LLM.

Alamat

sunting
Pejabat Alamat Telefon Faks E-mel
Ibu Pejabat Wisma Lebuhraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, KM 6 Jalan Serdang - Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan 03-87373000 / 87383000 (10 talian) 603-87373555 llm@llmnet.gov.my (u/p: Pengarah Pentadbiran)
Pejabat Wilayah Utara (Pulau Pinang) Pejabat Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jambatan Pulau Pinang, Batu 7, Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang 04-6577911 , 04-6576292 04-6572872
Pejabat Cawangan Wilayah Utara (Perak) Pejabat Cawangan Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan 05-5479220 , 05-5479230 05-579206
Pejabat Wilayah Tengah Lembaga Lebuhraya Malaysia, KM 6, Jalan Serdang - Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan 03-87366211 , 03-87366213 03-87333749
Pejabat Wilayah Selatan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Pejabat Penyenggaraan Senai, 81400 Senai, Johor Darul Takzim 07-5991735 07-5996418
Pejabat Wilayah Timur Lembaga Lebuhraya Malaysia, Persimpangan Bertingkat Kuantan - LPT, 26050 Kuantan, Pahang Darul Makmur 09-5612121 09-5612302

Pautan luar

sunting

Laman web rasmi Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine