Lembaga Admiralti (United Kingdom)
Lembaga Admiralti (Admiralty Board) ialah badan yang ditubuhkan dibawah Majlis Pertahanan United Kingdom untuk pentadbiran Perkhidmatan Angkatan Laut United Kingdom. Ia bermesyuarat secara rasmi sekali setahun, dan operasi harian Royal Navy dikendalikan oleh Lembaga Tentera Laut, yang tidak melibatkan mana-mana menteri.
Fail:Flag of the Admiralty Board.svg | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1964 |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | United Kingdom |
Ibu pejabat | Whitehall, Westminster, London |
Eksekutif agensi | |
Agensi induk | Majlis Pertahanan |
Lembaga Admiralti telah ditubuhkan selepas pembubaran Majlis Admiralti (1628-1964) yang lama dan penyepaduan tiga kementerian cabang tentera kedalam Kementerian Pertahanan.
Lembaga ini dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan merangkumi ketua-ketua profesional tentera laut, serta pelbagai menteri dan penjawat awam Kementerian Pertahanan.
Ahli lembaga
suntingKomposisinya adalah seperti berikut:[2]
- Orang Awam
- Setiausaha Negara bagi Pertahanan
- Menteri Negara bagi Angkatan Tentera
- Menteri Negara bagi Perolehan Pertahanan
- Menteri Negara bagi Hal-Ehwal Veteran
- Menteri Simpanan
- Setiausaha Rendah Negara & Jurucakap Dewan Pertuanan mengenai Pertahanan
- Pengarah Kewangan (Tentera Laut)
- Setiausaha Rendah Tetap Kedua bagi Pertahanan (Setiausaha Lembaga Admiralti)
- Tentera Laut Diraja
Di samping itu, kehadiran lain adalah seperti berikut:
- Setiausaha Rendah Tetap
- Panglima, Markas Maritim Bersekutu
- Komandan Jeneral Marin Diraja
- Pegawai Waran Royal Navy[3]
- Dua pengarah bukan eksekutif Lembaga Tentera Laut
Nota: Sokongan sekretariat disediakan oleh Sekretariat/Dasar Staf Tentera Laut dan Sek/1SL.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Ben Wallace Named New Defence Secretary". Forces Network (dalam bahasa Inggeris). 25 July 2019. Dicapai pada 23 September 2019.
- ^ Government, H.M. "Admiralty Board, Royal Navy". royalnavy.mod.uk (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Defence. Dicapai pada 23 July 2017.
- ^ "Admirable". Daily Telegraph. 8 March 2019. Dicapai pada 9 March 2019.