Lema
makanan khas daerah Bengkulu
Lema atau lemah, lemeah, lemag adalah makanan khas etnik Rejang. Lema berasal dari bahasa Rejang lemeah yang bererti perasaan lemah atau tidak bertenaga kerana menikmati masakan tersebut.[1]
Lema | |
---|---|
![]() | |
Jenis | Penapaian, lauk, hidangan ikan ![]() |
Tempat asal | ![]() |
Kawasan/rantau | Bengkulu[1] |
Dicipta oleh | Suku Rejang |
Bahan yang biasa digunakan | Rebung buluh, ikan, Cili ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Lema terbuat daripada rebung muda yang dicingcang halus dan ikan air tawar seperti ikan tilapia dan sepat. Selepas itu, lema ditambah air dan disimpan dalam bekas yang tertutup rapat beralas daun pisang seperti proses untuk membuat tapai. Makanan ini disimpan selama tiga hingga lima hari untuk proses penapaian. Setelah beberapa hari, lema sudah siap untuk dimasak untuk dijadikan lauk bersama nasi hangat.[1][2][3]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c (Indonesia) Lema, Sajian Bengkulu Yang Populer di Jepang beritagar.id
- ^ (Indonesia) Lemag, Lemah, Lema Budaya Indonesia
- ^ (Indonesia) Sambal Lema, Kuliner Khas Rejang Lebong Pedoman Bengkulu
Pautan luar
sunting- Imej Lema di Google Image
- Resipi Lema (Indonesia)
Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Lema |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Lema. |