Lebuhraya Kemuning–Shah Alam
Lebuhraya Kemuning - Shah Alam,LKSA, merupakan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menghubungkan antara Persimpangan Kemuning ( Lebuhraya Shah Alam ) dengan Persimpangan Persekutuan 2 (juga dikenali sebagai Persimpangan Bulatan Darul Ehsan) berhampiran Shah Alam.
Lebuhraya E13 | |
---|---|
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Prolintas, Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (LKSA) | |
Panjang | 14.7 km (9.1 mi) |
Wujud | 2007–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 2010 |
Simpang utama | |
Hujung utara | Persimpangan Bulatan Darul Ehsan, Shah Alam |
Templat:BSA Persiaran Sulatan, Shah Alam Lebuhraya Persekutuan Persiaran Selangor Templat:BSA Persiaran Jubli Perak Persiaran Tun Teja Jalan Bukit Kemuning Lebuhraya Shah Alam Persiaran Anggerik Mokara | |
Hujung selatan | Shah Alam |
Lokasi | |
Destinasi utama | Shah Alam, Alam Impian, Kota Kemuning, Bukit Rimau |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Latar Belakang Jalan
suntingLebuhraya ini bermula di Persimpangan Kemuning yang bersambung dengan Lebuhraya Shah Alam di persimpangan tersebut. Selepas itu, ia melepasi Perimpangan Jalan Bukit Kemuning, sebuah plaza tol berdekatan Taman Sri Muda dan Persimpangan Alam Impian. Lebuhraya ini melintasi jambatan Sungai Klang ke seksyen 24. Lebuhraya ini bertindih dengan Persiaran Sultan dari Persimpangan Jubli Perak hingga Persimpangan Bulatan Selangor, Persimpangan Laluan Persekutuan 2 yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dan akhir sekali ke pusat bandar Shah Alam.
Sejarah
suntingPembinaan lebuh raya in bermula pada tahun 2007. Lebuh raya yang digunakan yang dikenali sebagai Persiaran Sultan, dan meliputi kawasan dari bandar Shah Alam ke Seksyen 24.Ia dibina di kawasan Majlis Bandaraya Ahah Alam (MBSA) dan mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan. Lebuh raya ini siap pada pertengahan 2010. Lebuhraya ini dibuka pada trafik pada 18 Mei 2010.
Ciri-ciri
sunting- Menghububgkan Kota Kemuning dengan Shah Alam.
- Lebuhraya lurus dan panjang di antara Shah Alam city centre dan Seksyen 24.
- Laluan akses ke Alam Impian.
- Persimpangan Laluan Persekutuan 2 adalah persimpangan bunga cengkih terbesar di Malaysia.
- Laluan utama ke Lebuhraya Shah Alam dari Shah Alam dan ke Lebuhraya Persekutuan dari Kota Kemuning.
- Touch n' Go Pembelian Pandu-Lalu dan isi semula (POS) disediakan di plaza tol di sepanjang lebuh raya.
- Menggunakan sistem tol terbuka (open toll system)
- Menggunakan kutipan elektronik (ETC) di semua plaza tol di sepanjang lebuh raya bermula 13 Januari 2016.
Tol
suntingLebuhraya Kemuning Shah Alam menggunakan sistem tol terbuka dan semua transaksi di kedua-dua tol sepanjang lebuh raya dikawal sepenuhnya oleh elektronik iaitu menggunakan SmartTAG dan Touch 'n Go.
Kadar Tol
sunting(Bermula 15 Oktober 2015)[1]
Seri Muda Toll Plaza
suntingKelas | Jenis Kenderaan | Kadar (dalam Ringgit Malaysia (RM) |
---|---|---|
0 | Motosikal | Percuma |
1 | Kenderaan dengan 2 roda dengan 3 atau 4 roda termasuk teksi | RM 1.70 |
2 | Kenderaan dengan 2 roda dengan 5 atau 6 roda termasuk bas | RM 3.40 |
3 | Kenderaan dengan 3 atau lebih roda | RM 5.10 |
4 | Teksi | RM 0.90 |
5 | Bas | RM 1.20 |
Plaza Tol Alam Impian
suntingKelas | Jenis Kenderaan | Kadar (dalam Ringgit Malaysia (RM) |
---|---|---|
0 | Motorsikal | Percuma |
1 | Kenderaan dengan 2 roda dengan 3 atau 4 roda termasuk teksi | RM 0.90 |
2 | Kenderaan dengan 2 roda dengan 5 atau 6 roda termasuk bas | RM 1.80 |
3 | Kenderaan dengan 3 atau lebih roda | RM 2.70 |
4 | Teksi | RM 9.90 |
5 | Bas | RM 0.60 |