Lebuhraya Jerangau-Jabor
Lebuhraya Jerangau–Jabor, Jalan Persekutuan 14 merupakan sebatang lebuh raya persekutuan sepanjang 179.63 km dari bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia ke Kuantan, Pahang.[3] Lebuh raya ini dibina selari dengan Jalan Persekutuan 3 - sementara jalan FT3 merupakan jalan raya pantai, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 pula melalui kawasan pedalaman. Walaupun jarak antara Kuala Terengganu ke Kuantan melalui kedua-dua jalan FT3 dan FT14 adalah lebih kurang sama (lebih kurang 200 km), Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 memendekkan masa perjalanan dengan lebih ketara kerana kurang bandar atau pekan yang dilaluinya. Justeru, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sering dijadikan laluan utama dari Pahang ke Terengganu dan sebaliknya sehinggalah siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8.[4]
Laluan Persekutuan 14 | |
---|---|
Lebuhraya Jerangau–Jabor | |
![]() | |
Maklumat laluan | |
Panjang | 179.6 km (111.6 mi) |
Wujud | 1977[1]–kini |
Sejarah | Siap pada tahun 1979[2] |
Simpang utama | |
Hujung utara | Kuala Terengganu, Terengganu |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Lebuhraya Bukit Payung-Telemung ![]() ![]() | |
Hujung south | Jalan Pintasan Kuantan, Kuantan Pahang |
Lokasi | |
Destinasi utama | Kuala Berang Ajil Jerangau Bukit Besi Bandar Al-Muktafi Billah Shah Bandar Chenih Bahru |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Latar belakang laluan dan ciri-cirinya
suntingLebuhraya Jerangau-Jabor FT14 merupakan pasangan pedalaman bagi Jalan Persekutuan 3 jajaran Terengganu,[4] dengan kilometer sifarnya terletak di persimpangannya dengan Jalan Pintasan Kuantan FT3. Jarak antara Kuantan dengan Kuala Terengganu melalui kedua-dua jalan FT14 dan FT3 adalah lebih kurang sama (200 km), tetapi perjalanan melalui lebuh raya FT14 lebih pantas kerana kurang bandar yang dilaluinya. Terdapat tiga buah kawasan rehat (R&R) di sepanjang Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14, iaitu R&R Bandar Cheneh Baharu, R//R Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan R&R Bukit Besi.[4]
Sejarah
suntingProjek Lebuhraya Jerangau-Jabor mula diumumkan pada tahun 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak semasa pelancaran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).[5] Lebuh raya tersebut dibina bagi mempercepatkan pembangunan kawasan mundur di pedalaman Terengganu, sebagaimana peranan Lebuhraya Tun Razak FT12 terhadap Pahang. Sebelum kewujudan Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14, Jalan Persekutuan 3 merupakan satu-satunya jalan persekutuan utama yang melalui Terengganu. Pembinaan lebuh raya FT14 telah menyebabkan banyak jalan persekutuan dan negeri yang dibina bagi menghubungkan antara kedua-dua lebuh raya FT14 dan FT3. Dua batang jalan raya membentuk laluan perintis bagi Jalan Persekutuan 14, iaitu Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang FT14/FT106 dand Jalan Ajil-Dungun FT14/FT132.[4] Pembinaan dimulakan pada tahun 1977[1] dan siap pada tahun 1979.[2]
Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sangat terkenal kerana kegagalan pramatang permukaan yang sering berulang sejak di peringkat pembinaan lagi.[6] Banyak jajaran di sepanjang jalan yang berlubang di sana-sini sehingga mendedahkan pengguna jalan raya terhadap risiko kemalangan.[7] Lori-lori lebih muatan dipersalahkan terhadap kerosakan permukaan jalan raya, memandangkan kebanyakan daripadanya tidak mematuhi had berat gandar maksimum 9 tan.[6] Ketiadaan penguatkuasaan menambah parah keadaan, dibuktikan dengan hanya satu sahaja stesen penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan di sepanjang lebuh raya.[4] Jika dibandingkan, Lebuhraya Tun Razak FT12 yang lebih pendek pula mempunyai dua buah stesen penguatkuasaan.[8]
Sejak Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1979, ia berfungsi sebagai laluan tulang belakang utama dari Pahang ke Terengganu. Namun, setelah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8 dibuka, kadar aliran trafik harian bagi Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 merosot sehingga 80%.[4] Akibatnya, banyak pekan dan bandar di sepanjang lebuh raya FT14 yang selama ini bergantung kepada pengguna lebuh raya yang lalu-lalang sebagai sumber pendapatan utama seperti Ajil kini berdepan dengan ancaman kemerosotan perniagaan sehingga 40%.[9]
Rujukan
sunting- ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Keempat, Penggal Kedua" (PDF) (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. 1976-12-06. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Kedua Belas, Penggal Ketiga, Mesyuarat Kedua" (PDF) (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. 2010-06-22. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Senarai Jalan Persekutuan Utama (Melayu) - Kementerian Kerja Raya Malaysia. Dicapai pada 2015-02-28.
- ^ a b c d e f "XPDC Teganu Kita 2015 Part 3: Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 dan sejarahnya" (dalam bahasa Malay). Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-02-18. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)" (dalam bahasa Malay). Arkib Negara Malaysia. 2012-02-21. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen, Dewan Rakyat, Parlimen Kelima, Penggal Ketiga" (PDF) (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. 1981-10-21. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Baik pulih laluan Jerangau-Jabor" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 2014-08-02. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Segamat-Kuantan-KL Part 1: Lebuhraya Tun Razak FT12" (dalam bahasa Malay). Blog Jalan Raya Malaysia. 2012-06-28. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Bandar baru bakal 'hidupkan' semula ekonomi di Ajil" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 2012-10-17. Dicapai pada 2015-02-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
Lihat juga
sunting- Laluan Persekutuan Malaysia 3 - pasangan pantai bagi Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14