Lawan pedang kerusi roda di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020
Lawan pedang kerusi roda di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 akan diadakan di Makuhari Messe yang terletak di Zon Tokyo Bay.[1] Setelah Sukan Paralimpik 2020 ditangguhkan ke 2021, acara ini akan diadakan dari 25 hingga 29 Ogos 2021.[2][3]
Lawan pedang kerusi roda di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Lokasi | Makuhari Messe |
Tarikh | 25 Ogos - 29 Ogos 2021 |
Pesaing | 96 atlet dari 20 negara |
Kelayakan
suntingBerikut merupakan cara-cara seseorang atlet boleh melayakkan diri ke Sukan Paralimpik 2020:[4]
- Pengagihan slot mengikut Senarai Ranking Gabungan Paralimpik Individu (Kawasan): Bagi setiap kawasan, atlet lelaki dan perempuan yang mempunyai kedudukan yang tertinggi apabila ranking mereka dalam mana-mana dua acara (Foil+Epee, Foil+Sabre, Epee+Sabre) digabungkan akan layak ke Sukan Paralimpik 2020. Bagi setiap kombinasi, satu slot akan diberi kepada seorang atlet (dalam setiap jantina) daripada Kategori A dan seorang daripada Kategori B (contoh: 1 slot Foil+Epee Kategori A dan 1 slot Foil+Epee Kategori B bagi setiap jantina)
- Pengagihan slot mengikut Senarai Ranking Gabungan Paralimpik Individu: 2 atlet lelaki dan perempuan yang mempunyai ranking yang tertinggi apabila ranking mereka dalam mana-mana dua kategori (Foil+Epee, Foil+Sabre, Epee+Sabre) digabungkan (tetapi belum layak) akan layak ke Sukan Paralimpik 2020. Bagi setiap kombinasi, satu slot akan diberi kepada seorang atlet (dalam setiap jantina) daripada Kategori A dan seorang daripada Kategori B (contoh: 1 slot Foil+Epee Kategori A dan 1 slot Foil+Epee Kategori B bagi setiap jantina)
- Pengagihan slot mengikut Senarai Ranking Paralimpik Individu: Dua atlet yang mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam Senarai Ranking masing-masing akan layak ke Sukan Paralimpik 2020.
- Pengagihan Tuan Rumah: Tiga atlet lelaki dan tiga atlet perempuan dari negara tuan rumah (Jepun) akan layak ke Sukan Paralimpik 2020.
- Pengagihan kepada Atlet dalam Kategori Berpasukan: Setelah kesemua slot individu telah diberi, slot akan diberi kepada 5 atlet lelaki dan 5 atlet perempuan yang tidak bertanding dalam kategori individu.
- Pengagihan Jemputan Suruhanjaya Dwipihak: 1 atlet lelaki dan 1 atlet perempuan boleh layak ke Sukan Paralimpik 2020 setelah mendapat persetujuan suruhanjaya tersebut.
Kategori
sunting98 peserta akan bertanding dalam 16 acara. [4]
- Épée (Lelaki/Perempuan)
- Foil (Lelaki/Perempuan)
- Sabre (Lelaki/Perempuan)
- Épée Berpasukan (Lelaki/Perempuan)
- Foil Berpasukan (Lelaki/Perempuan)
Klasifikasi
suntingTerdapat dua kategori bagi lawan pedang kerusi roda dalam Sukan Paralimpik 2020:[5][6]
- Kategori A: Atlet yang mempunyai kecacatan pada kakinya. Mereka bertanding dalam kerusi roda.
- Kategori B: Atlet yang mempunyai masalah keseimbangan dan kecacatan pada kakinya. Mereka bertanding dalam kerusi roda.
Penyertaan
sunting- Belarus (Musim Panas)
- Brazil (Musim Panas)
- Kanada (Musim Panas)
- China (Musim Panas)
- Perancis (Musim Panas)
- Georgia (Musim Panas)
- Jerman (Musim Panas)
- Great Britain (Musim Panas)
- Yunani (Musim Panas)
- Hong Kong (Musim Panas)
- Hungary (Musim Panas)
- Iraq (Musim Panas)
- Itali (Musim Panas)
- Jepun (Musim Panas) (Tuan Rumah)
- Poland (Musim Panas)
- RPC (Musim Panas)
- Thailand (Musim Panas)
- Turki (Musim Panas)
- Ukraine (Musim Panas)
- Amerika Syarikat (Musim Panas)
Takwim
suntingQ | Peringkat kelayakan | F | Peringkat akhir |
Acara | Tarikh | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Rab
25 Ogo |
Kha
26 Ogo |
Jum
27 Ogo |
Sab
28 Ogo |
Aha
29 Ogo | ||
Épée (Individu) | F | |||||
Épée (Berpasukan) | F | |||||
Foil (Individu) | F | |||||
Foil (Berpasukan) | Q | Q | F | |||
Sabre (Individu) | F |
Jadual Pingat
suntingKedudukan | NPC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 11 | 4 | 5 | 20 |
2 | RPC | 2 | 2 | 3 | 7 |
3 | Great Britain | 1 | 1 | 3 | 5 |
4 | Hungary | 1 | 1 | 1 | 3 |
5 | Itali | 1 | 1 | 0 | 2 |
6 | Ukraine | 0 | 4 | 1 | 5 |
7 | Brazil | 0 | 1 | 0 | 1 |
Georgia | 0 | 1 | 0 | 1 | |
Poland | 0 | 1 | 0 | 1 | |
10 | Perancis | 0 | 0 | 1 | 1 |
Thailand | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Yunani | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (12 NPC) | 16 | 16 | 16 | 48 |
Sumber: Paralimpik Diarkibkan 2021-09-07 di Wayback Machine
Pemenang
suntingLelaki
suntingAcara | Kelas | Emas | Perak | Gangsa |
---|---|---|---|---|
Épée individu | A[7] | Piers Gilliver Great Britain |
Maxim Shaburov RPC |
Tian Jianquan China |
B[8] | Alexander Kuzyukov RPC |
Jovane Guissone Brazil |
Dimitri Coutya Great Britain | |
Épée berpasukan | A–B[9] | RPC Alexander Kuzyukov Maxim Shaburov Artur Yusupov |
China Hu Daoliang Sun Gang Tian Jianquan |
Great Britain Dimitri Coutya Piers Gilliver Oliver Lam-Watson |
Foil individu | A[10] | Sun Gang China |
Richárd Osváth Hungary |
Nikita Nagaev RPC |
B[11] | Feng Yanke China |
Hu Daoliang China |
Dimitri Coutya Great Britain | |
Foil berpasukan | A–B[12] | China Hu Daoliang Li Hao Sun Gang |
Great Britain Dimitri Coutya Piers Gilliver Oliver Lam-Watson |
Perancis Romain Noble Damien Tokatlian Maxime Valet |
Sabre individu | A[13] | Li Hao China |
Artem Manko Ukraine |
Tian Jianquan China |
B[14] | Feng Yanke China |
Adrian Castro Poland |
Panagiotis Triantafyllou Yunani |
Perempuan
suntingEvent | Kelas | Emas | Perak | Gangsa |
---|---|---|---|---|
Épée individu | A[15] | Amarilla Veres Hungary |
Rong Jing China |
Bian Jing China |
B[16] | Tan Shumei China |
Viktoria Boykova RPC |
Saysunee Jana Thailand | |
Épée berpasukan | A–B[17] | China Bian Jing Rong Jing Tan Shumei |
Ukraine Yevheniia Breus Olena Fedota Nataliia Mandryk |
RPC Viktoria Boykova Alena Evdokimova Iuliia Maya |
Foil individu | A[18] | Gu Haiyan China |
Nataliia Morkvych Ukraine |
Rong Jing China |
B[19] | Beatrice Vio Itali |
Zhou Jingjing China |
Ludmila Vasileva RPC | |
Foil berpasukan | A–B[20] | China Gu Haiyan Rong Jing Zhou Jingjing |
Itali Andreea Mogoș Loredana Trigilia Beatrice Vio |
Hungary Gyongyi Dani Éva Andrea Hajmási Zsuzsanna Krajnyák |
Sabre individu | A[21] | Bian Jing China |
Nino Tibilashvili Georgia |
Yevheniia Breus Ukraine |
B[22] | Tan Shumei China |
Olena Fedota Ukraine |
Xiao Rong China |
Rujukan
sunting- ^ "Paralympic Venues". tokyo2020.org. 26 August 2018.
- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympic.org (Siaran akhbar). 24 March 2020.
- ^ a b "Takwim Lawan pedang kerusi roda" (PDF). Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. 29 Ogos 2021. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2021-09-15. Dicapai pada 15 September 2021.
- ^ a b "2020 Summer Paralympics Qualification Guide" (PDF). International Paralympic Committee. 7 April 2021.
- ^ Paralympic Games Classification Diarkibkan 2021-08-30 di Wayback Machine olympics.com. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
- ^ CLASSIFICATION wheelchairfencing.iwasf.com. Dicapai pada 25 Ogos 2021.
- ^ "Keputusan" (PDF). Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2021-08-30. Dicapai pada 15 September 2021.

- ^ "Keputusan" (PDF). Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2021-08-29. Dicapai pada 15 September 2021.

Bacaan lanjut
sunting- Buku Keputusan Diarkibkan 2021-09-02 di Wayback Machine. Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo. 29 Ogos 2021.