Laut Sargasso

laut

Laut Sargasso (bahasa Inggeris: Sargasso Sea, Sepanyol: Mar de los Sargazos) ialah sebuah kawasan gir di tengah-tengah Lautan Atlantik Utara. Kawasan ini tidak disempadani sebarang daratan[1][2][3] sebaliknya dibatasi Arus Gulf di sebelah barat; Arus Atlantik Utara di sebelah utara; Arus Canaria di belah timur; dan Arus Khatulistiwa Atlantik Utara di belah selatan. Sistem arus lautan ini membentuk Gir Atlantik Utara. Kesemua arus ini memendapkan tumbuhan laut dan enggan membawa ke dalam laut ini.

Peta menunjukkan kawasan dirangkum dalam Laut Sargasso
Laut Sargasso di Lautan Atlantik Utara disempadani oleh Arus Gulf di barat, Arus Atlantik Utara di utara, Arus Canary di timur, Arus Khatulistiwa Utara di selatan.

Laut ini dinamakan sempena rumpai laut jenis Sargassum yang dijumpai para pelaut Portugis yang menjelajah dari Kepulauan Azores pada abad ke-15.[4]

Laut Sargasso adalah seluas 1,100 km dan sepanjang 3,200 km (seluas 700 batu statut dan sepanjang 2,000 batu statut). Laut ini menganjur dari kira-kira barat 70 darjah ke barat 40 darjah, dan dari utara 20 darjah ke utara 35 darjah. Bermuda adalah dekat dengan pinggir barat laut ini. Air lautan di Laut Sargasso adalah distingtif kerana warna biru dalamnya dan kejelasannya yang luar biasa, dengan kebolehlihatan bawah air sehingga 200 kaki (61 m).[5]

Rujukan

sunting
  1. ^ NGS Staff (27 September 2011). "Sea". nationalgeographic.org. National Geographic Society. Dicapai pada 27 June 2017. ...a sea is a division of the ocean that is enclosed or partly enclosed by land...
  2. ^ Karleskint, George (2009). Introduction to Marine Biology. Boston MA: Cengage Learning. m/s. 47. ISBN 9780495561972. Dicapai pada 7 January 2017.
  3. ^ "What's the Difference between an Ocean and a Sea?". Ocean Facts. Silver Spring MD: National Ocean Service (NOS), National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA). 25 March 2014. Dicapai pada 7 January 2017 – melalui OceanService.NOAA.gov.
  4. ^ "The Sargasso Sea". BBC – Homepage. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2011. Dicapai pada 6 Jun 2011.
  5. ^ "Sargasso Sea". World Book. 15. Field Enterprises. 1958.

Pautan luar

sunting

Koordinat: 28°N 66°W / 28°N 66°W / 28; -66