Lat: 30 Years Later
Lat: 30 Years Later (Melayu: Lat: 30 Tahun Kemudian) ialah sebuah buku autobiografi kartunis Malaysia, Lat, diterbitkan pada 30 November 1994 oleh Kampung Boy Sdn. Bhd. Buku setebal 166 muka surat ini memuatkan kisah kehidupan dan kerjaya Lat serta sorotan hasil karya beliau yang telah menjangkaui 3 dekad, dari 1964 sehingga 1994.[1][2][3]
Umum | |
---|---|
Pengarang | Lat |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Inggeris |
Genre | Autobiografi |
Penerbitan | |
Penerbit | Kampung Boy |
Tarikh penerbitan | 30 November 1994 |
Jenis media | Cetakan (Kulit lembut dan kulit keras) |
Halaman | 166 ms |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789839961744 |
Ringkasan
suntingLat: 30 Years Later mengandungi cebisan penulisan yang memperincikan kehidupan dan karya Lat dari pelbagai sudut pandang berbeza.[2][4] Lat menjadi penulis biografi untuk bahagian ruangan yang bertajuk "Lat on Lat", yang mana dalam ruangan ini, beliau menceritakan tentang kehidupan awalnya dan jatuh bangun beliau sebagai kartunis yang dikenali umum. Ruangan ini juga memuatkan gambar lama yang diperolehi dari koleksi peribadi Lat sendiri.[1][5]
Sejarawan seni, Redza Piyadasa menyumbangkan esei yang bertajuk "The Cartoonist - An Appreciation and Tribute" yang mana Redza menjejaki akar seni Lat dan meneliti personaliti, pengaruh dan sumbangan beliau kepada seni kreatif.[6] Buku ini juga mengandungi teks penuh ucaptama Lat di Simposium Antarabangsa Mengenai Ketamadunan, Rejim dan Kemajuan ke-9 di Osaka, Jepun yang diadakan pada Oktober 1988 dan diterbitkan semula buat pertama kali.[1]
Dalam segmen "Retrospective: 1964–1994", Lat memuatkan lukisan akhbar dan majalah terpilih beliau sejak 1964 serta petikan daripada Kampung Boy, Town Boy dan karya terkenalnya yang lain, malah beliau juga memuatkan surat penolakan awalnya. Kata pengantar bagi buku ini ditulis oleh Adibah Amin.[1]
Keluaran dan sambutan
suntingLat: 30 Years Later dikeluarkan pada 30 November 1994[1][2] dan diterbitkan oleh syarikat milik Lat, Kampung Boy Sdn. Bhd. dengan Berita Publishing menerusi pembahagian pengedarannya, Berita Distributors mengendalikan urusan pengedaran.
Shaik Osman Majid dari New Straits Times memuji keseluruhan buku ini.[7]
Sejarah penerbitan
suntingNegara | Tarikh keluaran | Bahasa | Format | ISBN |
---|---|---|---|---|
Malaysia | 30 November 1994 | Inggeris | Kulit keras | ISBN 983-996-173-X |
Kulit lembut | ISBN 983-996-174-8 |
Rujukan
sunting- ^ a b c d e The Malay Mail, Latest comic book 1994.
- ^ a b c New Straits Times, Lat's latest compilation 1994.
- ^ The Straits Times, Tells all that 1994.
- ^ Business Times, Lat and his cartoons 1994.
- ^ The New Paper, Lat on Lat 1994, m/s. 37.
- ^ The New Paper, Lat looks back 1994, m/s. 37.
- ^ New Straits Times, Lat reveals himself 1995.
Bibliografi
sunting- Haliza Ahmad (29 November 1994). "Lat launches latest comic book". The Malay Mail. Dicapai pada 23 Mei 2020.
- "Lat's latest compilation on sale now at book stores". New Straits Times. 29 November 1994. Dicapai pada 23 Mei 2020.
- Redza Piyadasa (3 Disember 1994). "Lat and his cartoons, 30 years later...". Business Times. Dicapai pada 23 Mei 2020.
- Shaik Osman Majid (4 Februari 1995). "Lat reveals himself". New Straits Times. Dicapai pada 3 September 2019.
- "Lat on Lat". The New Paper. 20 Disember 1994. m/s. 37. Dicapai pada 3 September 2019.
- Dave Ang (20 Disember 1994). "Lat looks back". The New Paper. m/s. 37. Dicapai pada 3 September 2019.
- "Lat 30 Years Later tells all that fans want to know about him". The Straits Times. 5 Januari 1995. m/s. 21. Dicapai pada 8 November 2019.