Lapangan Terbang Stansted London
Lapangan Terbang Stansted (IATA: STN, ICAO: EGSS) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar London, United Kingdom.
Lapangan Terbang Stansted | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Awam | ||||||||||
Hak milik | Manchester Airports Group | ||||||||||
Pengendali | Stansted Airport Limited | ||||||||||
Destinasi | London, United Kingdom dan Essex | ||||||||||
Lokasi | London, United Kingdom | ||||||||||
Bandar tumpuan untuk | |||||||||||
Ketinggian AMSL | 106 m / 348 kaki | ||||||||||
Koordinat | 51°53′06″N 000°14′06″E / 51.88500°N 0.23500°EKoordinat: 51°53′06″N 000°14′06″E / 51.88500°N 0.23500°E | ||||||||||
Laman sesawang | stanstedairport.com | ||||||||||
Landasan | |||||||||||
| |||||||||||
Statistik (2017) | |||||||||||
| |||||||||||
Lapangan Terbang Stansted London kini menyediakan perkhidmatan ke lebih daripada 170 destinasi di seluruh Eropah, Afrika Utara, Asia Barat, dengan lebih banyak destinasi Eropah yang dijadualkan daripada mana-mana lapangan terbang lain di UK.[3] Stansted adalah pangkalan bagi beberapa syarikat penerbangan kos rendah utama Eropah, menjadi pangkalan terbesar bagi syarikat penerbangan murah Ryanair, dengan lebih dari 130 destinasi yang disediakan oleh syarikat penerbangan itu. Pada 2015 ia merupakan lapangan terbang keempat paling sibuk di United Kingdom selepas Heathrow, Gatwick dan Manchester. Landasan Stansted juga digunakan oleh syarikat swasta seperti Harrods Aviation, Titan Airways dan terminal XJet yang merupakan pengendali lapangan swasta yang mampu mengendalikan penerbangan peribadi, penerbangan charter dan lawatan negara. STN juga mempunyai transit di dalam yang membantu orang ramai melakukan perjalanan ke pintu dan terminal mereka yang ditetapkan.
Lapangan terbang ini dimiliki dan dikendalikan oleh BAA, sejak Februari 2013 lapangan terbang itu berada di tangan Manchester Airports Group (MAG) berikutan keputusan Mac 2009 oleh Suruhanjaya Persaingan.[4][5]
Rujukan
sunting- ^ "London Stansted – EGSS". Nats-uk.ead-it.com. Dicapai pada 6 September 2013.
- ^ "Aircraft and passenger traffic data from UK airports". UK Civil Aviation Authority. 3 March 2017. Dicapai pada 14 March 2017.
- ^ Based on IATA schedules for August 2016
- ^ "Stansted Airport being sold to Manchester for £1.5bn". BBC News. 19 January 2013. Dicapai pada 28 February 2013.
- ^ Sinead Holland (28 February 2013). "£1.5 billion Stansted Airport sale complete". Harlow Star. Dicapai pada 28 February 2013.
Pautan luar
sunting