Lapangan Terbang Srinagar
Lapangan Terbang Sheikh ul Alam ( Hindi : शेख़ उल आलम हवाई अड्डा, Urdu : شیخ الاسلام عالم ہوائی اڈے) turut dikenal sebagai Lapangan Terbang Srinagar ( Hindi : श्रीनगर हवाई अड्डा, Urdu : سری نگر کے ہوائی اڈے), merupakan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Srinagar di negeri Jammu dan Kashmir , India ( IATA : SXR, ICAO : VISR).
Srinagar Airport Sheikh ul Alam Airport | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rumusan | |||||||||||
Jenis lapangan terbang | Public / Military | ||||||||||
Pengendali | Indian Airports Authority | ||||||||||
Destinasi | Srinagar | ||||||||||
Lokasi | Srinagar, Jammu and Kashmir, India | ||||||||||
Ketinggian AMSL | 1,655 m / 5,429 kaki | ||||||||||
Koordinat | 33°59′13.7″N 074°46′27.3″E / 33.987139°N 74.774250°E | ||||||||||
Landasan | |||||||||||
|
Ia telah diberi sempena nama tokoh besar Kashmir, Sheikh-ud-din Noorani Noor , yang dikenali sebagai Syeikh Kashmir-ul-Alam.
Lapangan terbang ini mengalami renovasi besar-besaran, termasuk memperbaiki landasan utama , terminal untuk berlepas dan ketibaan, jambatan hawa dan kemudahan operasi yang lain, dan dirasmikan pada 14 Februari 2009 melalui penerbangan Air India dari Dubai . Pada musim Haji ramai penduduk pergi ke Jeddah melalui Srinagar.
Syarikat penerbangan dan destinasi
suntingPenerbangan | Destinasi |
---|---|
Air India | Delhi, Jammu, Leh |
GoAir | Delhi, Jammu, Mumbai |
IndiGo | Delhi, Jammu |
Jet Airways | Delhi |
JetLite | Delhi, Jammu, Mumbai |
Kingfisher Airlines | Chandigarh, Delhi, Jaipur, Jammu |
SpiceJet | Bangalore, Delhi, Jammu, Mumbai |
Pemeriksaan ketat
suntingPenumpang kapal terbang melalui pemeriksaan yang ketat iaitu 3 kali pemeriksaan dari luar hinggalah ke dalam. Dari jalan 1 km, semua beg mestilah dikeluarkan dari bas atau kereta untuk pemeriksaan. Tubuh badan akan diperiksa dengan teliti sekali. Tujuannya bagi mengelakkan penumpang membawa senjta atau bahan letupan.
Penumpang dilarang membawa kamera yang ada bateri. Bateri kamera mestilah dikeluarkan kerana bateri boleh disalahguna untuk bom kawalan jauh. Tentera sentiasa berkawal di dalam kubu pasir atau tembok batu.
Galeri
sunting-
Suasana di luar Lapangan Terbang Srinagar
-
Askar berkawal
-
Lapangan Terbang Srinagar
-
Lapangan Terbang Srinagar
-
Tentera berkawal di seluruh negeri Kashmir