Langshan Australia
Langshan Australia adalah satu baka ayam daripada Australia yang diterbitkan dari Croad Langshan dan diterima oleh Standard Unggas Australia sebagai satu baka yang diakui. Meskipun Langshan Australia tidak begitu dikenali di luar Australia akan tetapi ia adalah satu baka yang popular. Baka ini boleh didapati dalam kedua-dua saiz bantam dan standard.
Status pemuliharaan | Biasa |
---|---|
Nama lain | Langshan Moden Australia |
Negara asal | Australia |
Kegunaan | telur, hiasan |
Ciri-ciri | |
Berat | Jantan: 3.2 kg |
Betina: 2.7 kg | |
Warna kulit | putih |
Warna telur | perang |
Jenis balung | tunggal/sisir |
Klasifikasi | |
Ayam Gallus gallus domesticus |
Kegunaan
suntingLangshan Australia mempunyai ciri-ciri tubuh bertubuh kecil, postur tegak, kaki panjang, balung sisir merah bersaiz pertengahan, dan bulur berwarna hitam, biru atau putih. Secara idealnya, kuku luar pada setiap kaki seharusnya berbulu. Ayam hitam mesti memiliki bulu hitam berkilat dengan kilauan hijau, sementara ayam biru mesti berbulu kelabu-biru, walaubagaimanapun ayam jantan kadang kala mempunyai warna biru gelap pada ekor atau di belakang leher. Langshan Australia putih mempunyai seluruh bulu berwarna putih.[1]
Sejarah
suntingLangshan Australia mula dibiakkan pada awal kurun ke-20 melalui pembiakkan terpilih ke atas Croad Langshan, Orpington, Langshan China Wakfer dan Langshan Moden. Tidak banyak diketahui akan sejarah baka ini, tetapi menjelang tahun 1950 ia adalah satu baka popular di banyak kawasan Australia. Baka ini telah diterima oleh Standard Unggas Australia pada tahun 1998 apabila Standard Unggas Australia Edisi Pertama diterbitkan. Versi bantam dibiakkan tidak lama selepas saiz standard dibiakkan oleh para penternak di New South Wales dengan menggunakan stok kecil dari Langshan Australia saiz standard.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-20. Dicapai pada 2021-07-04. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "ph" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
Pautan luar
sunting- The Australian Poultry Standard (ed. 1st). Victorian Poultry Fanciers Association Inc. 1998.
- "Chickens - Australian Langshan". The Poultry Shed. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-10. Dicapai pada 2011-09-10.
- "Breeds List - The Bantam Australian Langshan". The Softfeather Bantam Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-02.
- "Australian Poultry Breeds". The Canberra Queanbeyan Poultry Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-05. Dicapai pada 2011-09-10.