Lambang ASEAN
Lambang ASEAN ialah lambang Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang diguna pakai pada Julai 1997[1] bersama-sama dengan bendera ASEAN. Walaupun lambang semasa telah digunakan selama bertahun-tahun, garis panduan rasmi telah diterima pakai pada Mesyuarat ke-6 Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) di Hanoi, 8 April 2010.[2]
Lambang ASEAN | |
---|---|
Butiran | |
Jenis | Jata |
Diterima pakai | 1997 |
Jabaran | Mengatur latar belakang bulu merah, sepuluh kuning padi atau tangkai beras ditarik di tengah. Di bawah batang beras nama organisasi singkatan "asean" ditulis dalam huruf kecil huruf kecil Helvetica dalam warna biru. Lingkaran merah dilukis dengan lilitan putih dan biru. |
sunting · sunting di Wikidata |
Peraturan dan tatacara penggunaan logo ASEAN
suntingKetua Setiausaha ASEAN telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penggunaan Logo ASEAN.
Reka bentuk logo
suntingLogo ini menjadi logo rasmi ASEAN. Reka bentuk dan warnanya perlulah tepat. Logo ini boleh hadir dalam bentuk hitam putih atau berwarna.
Kemuliaan logo
suntingSebagai prinsip asas, logo ini perlulah digunakan untuk tujuan dan dalam keadaan yang baik, dan tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik.
Penggunaan logo oleh Sekretariat ASEAN
suntingSekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk:
- Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman Ketua Setiausaha.
- Digunakan sebagai kepala surat.
- Digunakan sebagai penutup rasmi Sekrerariat
- Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau majalah beridentitikan ASEAN
- Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat.
- Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda identiti yang dipakai oleh anggota Sekretariat.
- Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi, perjumpaan, mesyuarat dan pameran.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Flags of the World
- ^ [http://www.asean.org/7095.htm Guidelines on the Use of the ASEAN Emblem] Diarkibkan 31 Oktober 2010 di Wayback Machine