Lamang tapai ialah makanan ringan yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Ia mempunyai rasa yang manis, sedap dan ada sedikit rasa tapai di dalamnya. Kebiasaanya, lamang tapai banyak dijumpai pada Hari Raya Aidilfitri, hari perkahwinan pesta adat atau acara khatan. Namun begitu, ada juga yang menjual lamang tapai sebagai hidangan berbuka puasa pada bulan Ramadan.[1] Ada dua cara untuk memakan lamang tapai. Pertama, kedua-duanya diaduk menjadi satu seperti kolak. Cara kedua, dengan mencelupkan lamang yang telah dihiris nipis ke dalam tapai.[1]

Lamang tapai
JenisPencuci mulut, pulut Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMakanan ringan
Tempat asal Indonesia
Dicipta olehOrang Minangkabau
Bahan utamaLemang, pulut
Bahan yang biasa digunakanPulut, Beras perang, fermentation starter, gula, santan Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanFire-grill Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pembuatan

sunting

Sama seperti pembuatan lemang, tetapi harus menggunakan ruas buluh yang muda. Setelah beras pulut dicuci bersih, beras itu akan dimasukkan ke dalam bahagian lemang serta dilapisi dengan daun pisang. Kemudian, dituangkan santan ke dalamnya dan dibakar di bara api yang kecil. Untuk membakar juga perlu berjaga-jaga supaya ruas buluh tidak hampir terbakar dan akan memakan masa selama lima jam.[2] Sementara untuk tapai, iaitu beras pulut hitam dibuat dengan cara menapai beras pulut bersama ragi. Beras pulut akan dikukus dengan air secukupnya dan apabila sudah lembut, ragi akan ditambah. Seterusnya, tapai akan disimpan bekas dan tutup rapat, minimum selama dua hari.[2]

Populariti

sunting

Lamang tapai sangat mudah ditemui di pasar tradisional, terutama di Tanah Tinggi Minangkabau. Harga lamang tapai dianggarakan antara Rp20 ribu sehingga Rp30 ribu.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Okezone (2019-05-15). "Mencicipi Lamang Tapai, si Hitam yang Menggoda dari Sumatera Barat : Okezone Lifestyle". Dicapai pada 2021-06-14.
  2. ^ a b c Liputan6.com (2020-07-30). "Mencicipi Lamang Tapai, Kuliner Ranah Minang yang Tak Lekang oleh Waktu". Dicapai pada 2021-06-14.