Laman kontena (bahasa Inggeris: container yard) ialah tempat penyimpanan kontena yang terletak di terminal kontena. Ia terdapat di kedua-dua terminal kontena maritim dan terminal kontena darat (depoh). Ia menjadi tempat simpanan kontena dan perantara penting antara kapal kontena dengan trak dan keretapi dalam pengangkutan antara mod.

Laman kontena di Pelabuhan Kuantan.

Sebuah laman kontena biasanya dibahagikan kepada beberapa bahagian khusus untuk pelbagai jenis kargo dan kontena.

  • Bahagian kargo berbahaya
  • Bahagian kargo luar saiz/terlebih besar (out of gauge)
  • Bahagian kontena Reefer
  • Bahagian kontena kosong.
  • Bahagian kontena biasa.

Antara peralatan yang terdapat dalam sesebuah laman kontena:

  • Soket untuk kontena Reefer di bahagian kontena reefer.
  • Kren lapangan.
  • Penindan.

Lihat juga

sunting