Jalan Negeri Kedah K901
Jalan Negeri Kedah K901 (Jalan Sungai Batu atau Jalan Sungai Batu–Rantau Panjang) ialah jalan negeri yang terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Bandar Baharu dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 4.14 kilometer (2.6 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungai Batu di barat dengan Kampung Rantau Panjang di timur.[4]
Jalan Negeri Kedah K901 | |
---|---|
Jalan Sungai Batu Jalan Sungai Batu-Rantau Panjang | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bandar Baharu | |
Panjang | 4.14 km[1] (2.57 mi) |
Simpang utama | |
Hujung barat | Kampung Baru Sungai Batu |
K819 K819 di Kampung Baru Sungai Batu K902 K902 di Kampung Sungai Batu K908 K908 di Kampung Rantau Panjang | |
Hujung timur | FT170 di Kampung Rantau Panjang |
Sistem lebuh raya | |
Sistem Jalan Negeri Malaysia | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Gambaran keseluruhan
suntingPermulaan laluan ini terletak di Kampung Baru Sungai Batu, di persimpangannya dengan Jalan Kampung Lobak (Laluan Negeri K819). Sebelum persimpangan itu dibina, ia berakhir dengan jalan mati.[4] Di Kampung Sungai Batu, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Sungai Tengas (Laluan Negeri K902). Seterusnya, laluan ini akan bersilang dengan Jalan Sungai Taka (Laluan Negeri K908), apabila pengguna berada di 2.9 kilometer (1.8 bt) dari penhujung barat. Laluan diteruskan hingga di penghujungnya dekat Kampung Rantau Panjang, ia bersilang dengan Jalan Mahang–Selama (Laluan Persekutuan 170; sebelum ini Laluan Negeri K187).[4][5][6] Jenis jalan raya yang digunakan di hampir kesemua bahagian Jalan Sungai Batu ialah jalan raya tunggal.[5][6]
Sejarah
suntingJalan Sungai Batu telah menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya akibat penutupan Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil pada tahun 2017.[3]
Persimpangan utama
suntingKesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Bandar Baharu, Kedah, Malaysia.
Lokasi | km[5][6] | Destinasi | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|
Kampung Baru Sungai Batu | 0.00 | K819 K819 — Mahang, Kulim, Sungai Karangan | Penghujung barat | ||
Kampung Sungai Batu | 0.90 | K902 K902 — Kampung Sungai Buluh, Kampung Sungai Kasai | Simpang tiga | ||
Kampung Rantau Panjang | 2.90 | K908 K908 — Kampung Sungai Taka, Selama | Simpang tiga | ||
4.14 | FT170 — Kampung Kenangan, Kampung Banggol Durian | Penghujung timur | |||
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi |
Rujukan
sunting- ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
- ^ "Peta Jalanraya Daerah Bandar Baharu/Kulim, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-07-16. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b @JKRMalaysia (30 November 2017). "Makluman Penutupan Sementara Jambatan Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah (FT136 Jalan Bandar Baharu-Kuala Ketil Seksyen 42.43) pada 4 Disember 2017, Isnin (Jam 12:00 Tengah Malam) hingga 12 Disember 2017, Selasa (Jam 12:00 Tengah Malam)" (Twit). Dicapai pada 23 Februari 2022 – melalui Twitter.
- ^ a b c Bahagian Kejuruteraan JKR (2003). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-20. Dicapai pada 15 Januari 2021.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
- ^ a b c Google Inc. "Peta Google — K901" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.
Pautan luar
sunting- Statistik Jalan (Edisi 2018) (PDF). Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 14 November 2018. ISSN 1985-9619.