Laluan Kuning (Metro Montreal)
Laluan Kuning (Perancis: Ligne jaune) atau juga dikenali sebagai Laluan 4 merupakan satu laluan kereta api bagi Metro Montreal, yang terletak di Montreal, Quebec, Kanada. Ia menjadi popular apabila ia dibuka kerana ia menghubungkan pusat bandaraya Montreal dengan Ekspo 67 dan La Ronde di Pulau Saint Helen (Île-Sainte-Hélène).
Laluan Kuning لالوان كونيڠ | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | Ligne jaune Ligne 4 |
Jenis | Alihan laju |
Sistem | Metro Montreal |
Status | Beroperasi |
Lokasi | Montreal Quebec Kanada |
Terminal | Berri-UQAM (utara) Longueuil–Université-de-Sherbrooke (selatan) |
Operasi | |
Dibuka | 1 April 1967 28 April 1967 (dibuka kepada orang awam) |
Pengendali | Perbadanan Pengangkutan Montreal (STM) |
Stok kereta api | Canadian Vickers MR-63 |
Teknikal | |
Panjang aliran | 4.25 km (2.64 bt) |
Tolok landasan | 1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) (tolok piawai) |
Pengelektrikan | Rel ketiga, 750 V DC pada bar panduan di kedua-dua sisi landasan |
Kelajuan operasi | 40 km/j (25 mph) |
Laluan Kuning mempunyai tiga buah stesen dan melalui di bawah Sungai St. Lawrence di antara pulau Montreal dan Longueueil. Laluan ini adalah sebahagian daripada rangkaian asal metro dan dinomborkan bersempena dengan Laluan 3, laluan yang kemudiannya telah dibatalkan. Ia juga merupakan laluan kereta api pertama yang berkhidmat di luar pulau. Kesemua tiga stesen pada laluan Kuning ini telah dinamakan semula sejak pembukaannya.
Sejarah
suntingPada November 1961, Majlis Bandaraya Montreal bercadang untuk membina rangkaian metro. Laluan Kuning (Laluan 4) bukanlah sebahagian daripada rancangan asal. Setahun kemudian, Montreal membida untuk menjadi tuan rumah Pesta Sedunia 1967 (Ekspo 67) telah diterima. Pembinaan Laluan Merah (Laluan 3) telah dibatalkan dan sebagai ganti Laluan Kuning telah dibina untuk membangunkan tapak pameran di dua pulau di Sungai St. Lawrence dan untuk menghubungkan pinggir bandar Longueuil yang kian pesat.[1]
Pembukaan laluan ini ditetapkan pada 1 April 1967. Pada empat minggu pertama, stesen di pulau Saint Helen digunakan hanya untuk pekerja binaan di tapak Ekspo. Ia akhirnya dibuka kepada orang awam pada 28 April 1967, sehari selepas pembukaan rasmi Ekspo 67.
Stesen
suntingStesen | Tarikh dibuka | Nama jalan | Asal-usul nama |
---|---|---|---|
Berri-UQAM dahulunya Berri-de Montigny |
14 Oktober 1966 (Laluan Hijau dan Jingga) 28 April 1967 |
Jalan Berri | Nama diberikan oleh Migeon de Branssat pada 1669 |
Universiti Quebec di Montreal | |||
Jalan De Montigny | Keluarga Testard de Montigny | ||
Jean-Drapeau dahulunya Île Sainte-Hélène |
28 April 1967 | Taman Jean Drapeau | Jean Drapeau, datuk bandar Montreal |
Île Sainte-Hélène (Pulau Saint Helen) | Dinamakan oleh Samuel de Champlain untuk isterinya, Hélène Boullé | ||
Longueuil–Université-de-Sherbrooke dahulunya Longueuil |
Bandar Longueuil | Mungkin nama sebuah pekan di Normandie | |
Universiti Sherbrooke, kampus Longueuil | John Coape Sherbrooke, bekas Gabenor Jeneral Amerika Utara British |
Rujukan
sunting- ^ "Le 14 octobre 1966, le public a enfin accès au métro!" (dalam bahasa Perancis). Perbadanan Pengangkutan Montreal. Dicapai pada 7 September 2012.