Laika (jenis anjing)
Laika[a] ialah spits peribumi dari Rusia Utara, terutamanya Siberia tetapi juga kadang-kadang diperluas untuk menyertakan baka pemburu Nordik. Baka laika merupakan anjing primitif yang berkembang dengan penjagaan minimum walaupun dalam cuaca melampau. Pada umumnya, baka laika dijangkakan untuk menjadi anjing pemburu serba guna, yang mampu memburu buruan daripada pelbagai saiz dengan mengepung buruan kecil ke atas pokok, menuding dan mengepung buruan lebih besar, dan bekerja sebagai sepasukan untuk mengepung beruang dan babi hutan. Walau bagaimanapun, segelintir laika telah dikhususkan sebagai anjing gembala atau anjing kereta luncur salji.[1][2]
Negara asal | Rusia |
---|---|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Takrif
suntingPerkataan bahasa Rusia laika (лайка) ialah kata nama yang diterbitkan daripada kata kerja layat' (лаять, "menyalak") dan secara harfiah memaksudkan "penyalak". Sebagai nama keragaman anjing, perkataan ini digunakan bukan sahaja dalam kesusasteraan kinologi Rusia, tetapi kadang-kadang dalam bahasa lain juga untuk merujuk semua keragaman anjing pemburu yang dibela secara tradisional oleh orang di Rusia utara dan di kawasan bersebelahan. Ini termasuk bukan sahaja tiga atau empat baka yang dikenali sebagai laika dalam bahasa Inggeris, tetapi juga baka piawai lain yang dikelaskan FCI bersama-sama dengan baka-baka tersebut sebagai "Anjing Pemburu Nordik" (Kumpulan 5, Seksyen 2 dalam pengelasan FCI).[3]
Sememangnya perkataan laika kerap digunakan untuk merujuk bukan sahaja anjing pemburu tetapi juga baka anjing kereta luncur salji berkaitan dari kawasan tundra, yang dikelaskan oleh FCI sebagai "Anjing Tarikan Nordik" dan kadang-kadang malah semua baka spits.[4][2]
Sejarah
suntingPerdebatan tentang anjing yang patut dianggap sebagai laika adalah setua kinologi Rusia. Dua karya terbitan pertama yang diketahui tentang laika merupakan buku berilustrasi karya Putera A. A. Shirinsky-Shikhmatov, "Album Anjing Utara (Laika)"[5] dan buku karya M. G. Dmitrieva-Sulima, "Laika dan Perburuan Dengannya".[6] Seorang pemburu beruang tegar, Putera Shirinsky-Shikhmatov, digambarkan "sangat berminat dengan kebijaksanaan semula jadi dan keupayaan perburuan laika [sehingga] baginda memperoleh beberapa ratus spesimen daripada pelbagai keragaman dan menceburkan diri baginda dengan serius dalam kajian dan pembiakan anjing-anjing itu."[5] Putera Shirinsky-Shikhmatov mengkatalogkan 13 baka laika: laika Zyryan, laika Finland-Karelia, laika Vogul, laika Cheremis, laika Ostyak, laika Tungus, laika Votyak, laika Galisia, laika Norway, laika Buryat, laika Soyot, laika Lapland, dan laika Samoyed.[5] Walau bagaimanapun, ahli sukan dan pengarang M. G. Dmitrieva-Sulima menganggap bahawa istilah "anjing utara" ialah nama paling sesuai untuk digunakan untuk banyak kumpulan anjing ini. Beliau juga mengaku bahawa istilah "utara" ini malah juga tidak begitu tepat, kerana anjing jenis serupa juga hadir di Afrika, di Amerika, dan di mana-mana di Asia.[6] Dmitrieva-Sulima kemudian terus menamakan 19 baka laika tambahan, lalu meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 30: laika Kevrola, laika Olonets, laika Kyrghyz, laika Yakut, laika Koryak, laika Orochon, laika Gilyak, laika Bashkir, laika Mongolia, laika Chukotka, laika Golds, dan laika Yukagir, laika Tomsk, laika Vilyui, laika Berezovo-Surgut, laika Kolyma, laika Pechora, dan anjing kutub.[6]
Tanpa mengira bilangan sebenar baka laika, semua penulis kontemporari bercakap tentang penghormatan yang diberikan oleh kumpulan-kumpulan etnik tempatan kepada anjing-anjing ini. Ahli etnografi Rusia Vladimir Jochelson menulis "Anjing kereta luncur salji pada masa sama ialah anjing pemburu, dengan deria bau cukup terbentuk, tetapi dengan pendengaran dan penglihatan lebih baik. Hampir sepanjang tahun bercawak, tetapi dibiarkan bersendirian, ia sesempurnanya dapat mencari makanan berupa tikus, partridge, itik, dan burung dan binatang kecil lain."[7]
Semasa era Soviet, terdapat dorongan untuk mengelaskan anjing mengikut kepakaran masing-masing serta menggabungkan anjing tempatan serupa ke dalam zon geografi besar. Oleh itu, ramai pakar mula menganggap laika sebagai anjing yang semata-mata digunakan sebagai pemburu penuding dan mengecualikan laika gembala dan laika kereta luncur salji sama sekali.[4] Walau bagaimanapun, ini terbukti bermasalah kerana sifat primitif laika menghasilkan kurang pengkhususan berbanding dengan yang terlihat pada baka lain dan skala besar rantau ini menyukarkan penghasilan anjing seragam di dalam zon masing-masing. Namun begitu pada tahun 1949, piawaian bagi empat baka laika pemburu diluluskan: laika Karelia-Finland, laika Rusia-Eropah, laika Siberia Barat, dan laika Siberia Timur. Pada tahun 1952, Kesatuan Kinologi Persekutuan Rusia meluluskan piawaian baka kekal bagi tiga baka pertama.[4] Sementara itu, anjing kereta luncur salji dibahagikan kepada dua jenis, anjing Samoyed barat yang lebih kecil dan laika penghela timur laut yang lebih besar; anjing Samoyed diiktiraf secara kekal.[8][9] Kepopularan anjing berpedigri, sekali dengan kempen sistemik oleh pegawai untuk menghapuskan anjing orang asli, mengakibatkan keruntuhan laika asli tempatan tidak beriktiraf.[2] Di samping itu, pengenalan perjalanan berjentera serta penurunan pemburuan bulu dan penangkapan ikan tempatan selanjutnya mempercepat kemerosotan laika.[8][9][10]
Keruntuhan Kesatuan Soviet membuka ruang agar laika tambahan diiktiraf sebagai baka tulen dan, pada tahun 1992, laika Kamchatka dan anjing tarikan Chukotka mendapat pengiktirafan sebagai baka tulen oleh Persekutuan Kinologi Rusia, yang diikuti oleh laika Nenets pada tahun 1994.[4] Pada tahun 2004, laika Yakutia diterima. Banyak laika yang dikenal pasti pada permulaan abad ke-20 kini dianggap lenyap termasuk laika Gilyak (husky Sakhalin) dan laika Yukaghir.[9]
Walaupun terdapat keserupaan visual sesama baka laika, analisis genetik menunjukkan sedikit hubungan genetik dengan baka serupa di kawasan geografi bersebelahan di Rusia dan di Skandinavia.[11]
Baka yang lazimnya diiktiraf sebagai laika
suntingJenis | Baka | Negara asal | Ringkasan |
---|---|---|---|
Laika pemburu | Anjing beruang Karelia | Rantau Karelia di Finland dan di Rusia | Juga dikenali di Rusia sebagai laika beruang Karelia[12] |
Laika Karelia-Finland | Rantau Karelia di Finland dan di Rusia | Laika burung kecil dengan lapis bulu kemerah-merahan tersendiri. Berkait rapat dengan spits Finland.[13] | |
Laika Rusia-Eropah | Rusia, Finland | Laika bersaiz sederhana dan padat yang digunakan untuk memburu pelbagai buruan dan sebagai pengawas.[14] | |
Laika Siberia Barat | Rusia | Laika langsing dan pantas yang digunakan untuk perburuan dan kadang-kadang penarikan kereta luncur salji.[15] | |
Laika Siberia Timur | Rusia | Laika penarik kereta luncur salji, pemburu, dan gembala dari Siberia timur.[1] | |
Spits Finland | Finland | Dikenali di Rusia sebagai laika Finland atau laika burung Finland.[12] | |
Spits Norrbotten | Sweden | Di Rusia kadang-kadang dipanggil laika Norrbotten[12] | |
Zerdava | Turki | Laika bersaiz sederhana dan padat yang digunakan untuk memburu pelbagai buruan terutamanya babi hutan dan sebagai pengawas. | |
Laika gembala | Laika Nenets | Rusia | Juga dikenali sebagai laika gembala Nenets, laika gembala rusa kutub, atau olenegonka.[16] Baka ini ialah leluhur kepada anjing Samoyed yang dibiakbakakan oleh orang Nenets.[17] Tidak seperti anjing Samoyed, ia mempunyai variasi warna berlainan, seperti putih, merah, perang, sabel, kelabu, hitam, dan piebald.[17][16] |
Anjing Samoyed | Rusia | Baka anjing gembala bersaiz sederhana dengan lapis bulu ganda tebal putih. Anjing Samoyed kadang-kadang boleh dirujuk sebagai laika Samoyed.[18] | |
Laika kereta luncur salji (Laika tarikan) |
Husky Sakhalin | Rusia dan Jepun | Anjing kereta luncur salji yang sangat terancam dari Pulau Sakhalin. |
Husky Siberia | Rusia | Berkontroversi, mencapah daripada anjing tarikan Chukotka pada tahun 1930-an. | |
Laika Yakutia | Republik Sakha di Rusia | Baka laika berbilang tujuan yang digunakan dalam pemburuan burung dan anjing laut, penggembalaan rusa kutub, dan penarikan kereta luncur salji. Walau bagaimanapun, kini ia terutamanya merupakan anjing kereta luncur salji.[19] | |
Anjing tarikan Chukotka | Rusia | Laika kereta luncur salji yang dihargai kerana daya ketahanan dan kecekapan bahan api, pendahulu kepada husky Siberia | |
Anjing tarikan Kamchatka | Rusia | Anjing kereta luncur salji dari Timur Jauh Siberia. |
Catatan
suntingRujukan
sunting- ^ Beregovoy, Vladimir (2012). "About Laika" [Tentang Laika]. Hunting Laika Breeds of Russia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b c Kuzina, Marina (20 Disember 2005). "Laikas" [Laika]. Primitive and Aboriginal Dog Society: Russia (dalam bahasa Inggeris). 1.
- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 5 : Spitz and primitive types" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 5: Spits dan Jenis Primitif] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ a b c d Shiroky, B. I. (2004). "Our Northern Dogs" [Anjing Utara Kita] (PDF). Primitive and Aboriginal Dog Society Newsletter (dalam bahasa Inggeris). Primitive and Aboriginal Dog Society. 8: 5–11.
- ^ a b c Shirinsky-Shikhmatov, Andrey (1896). Album of Northern Dogs--Laïkas [Album Anjing Utara: Laika] (dalam bahasa Inggeris). Moscow, Rusia: J. Barnett. OCLC 54247490.
- ^ a b c Dmitrieva-Sulima, Maria Georgievna (2003). Лайка и охота с ней [Laika dan Perburuan Dengannya] (dalam bahasa Rusia) (ed. 2003). Sankt-Peterburg, Rusia: Akvarium. ISBN 9785948381251.
- ^ Jochelson, Waldemar (1905). "The Koryak. Memoirs of the AMNH ; v. 10, pt.1-2; Publications of the Jesup North Pacific Expedition ; v. 6" [Orang Koryak. Memoir AMNH; jil. 10 bhg. 1–2; Terbitan Jesup North Pacific Expedition; jil. 6]. Memoirs of the American Museum of Natural History (dalam bahasa Inggeris). Brill Publishers. 10. hdl:2246/27. S2CID 161275038.
- ^ a b Gorodilov, Stanislav. "Yakutian Laika breed history" [Sejarah baka laika Yakutia] (PDF). Yakutian Laika World (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b c Bogoslovskaya, L. S. (Mac 2010). "Sled Dogs Of Russia" [Anjing Kereta Luncur Salji Rusia]. The Fan Hitch: Journal of the Inuit Sled Dog (dalam bahasa Inggeris). 12 (2).
- ^ Arakchaa, Tayana (1 Disember 2018). "Reindeer, dogs, and horses among the Tozhu reindeer herder-hunters in the Siberian taiga" [Rusa kutub, anjing, dan kuda sesama pemburu-gembala rusa kutub Tozhu di taiga Siberia]. University of Alaska Fairbanks ProQuest Dissertations Publishing (dalam bahasa Inggeris). Fairbanks, Alaska, Amerika Syarikat: Universiti Alaska Fairbanks. hdl:11122/10268. S2CID 195538636.
- ^ Pohjoismäki, Jaakko L. O.; Lampi, Sara; Donner, Jonas; Anderson, Heidi (29 Jun 2018). Palsson, Arnar (penyunting). "Origins and wanderings of the Finnish hunting spitzes" [Asal usul dan rayauan spits pemburu Finland]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 13 (6): e0199992. Bibcode:2018PLoSO..1399992P. doi:10.1371/journal.pone.0199992. ISSN 1932-6203. PMC 6025854. PMID 29958296. S2CID 49587112.
- ^ a b c "РКФ - Российская кинологическая федерация | РКФ | Стандарты | Стандарты 5 группы (Шпицы и примитивные типы собак)" [Persekutuan Kinologi Rusia | Piawaian | Piawaian Kumpulan 5 (Spits dan Anjing Jenis Primitif)]. Persekutuan Kinologi Rusia (dalam bahasa Rusia). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Hunting Laika Breeds of Russia » Karelo-Finnish Laika" [Baka Laika Pemburu Rusia » Laika Karelia-Finland] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Hunting Laika Breeds of Russia » Russo-European Laika" [Baka Laika Pemburu Rusia » Laika Rusia-Eropah] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ "Hunting Laika Breeds of Russia » West-Siberian Laika" [Baka Laika Pemburu Rusia » Laika Siberia Barat] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b Shiroky, B.I. dan Shiroky, O.B. Description of Olenegonka (dalam bahasa Inggeris). PADS Newsletter Bil. 7. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ a b Morris, Desmond (1 September 2008). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 484–485. ISBN 9781570764103. OCLC 213449602.
- ^ Самоедская лайка (dalam bahasa Rusia), tapak web pembiak baka. Dicapai pada 8 Jun 2024.
- ^ Jakutianlaika: Rotuinfo (dalam bahasa Finlandia). Suomen jakutianlaikayhdistys ry. Dicapai pada 8 Jun 2024.