Lahir mati
Lahir mati atau kelahiran mati biasanya ditakrifkan sebagai kematian janin dalam lingkungan masa 20 hingga 28 minggu kehamilan.[1][2] Hasilnya, bayi yang dilahirkan tidak ada sebarang tanda kehidupan.[2] Kelahiran mati boleh mengakibatkan perasaan bersalah atau kesedihan pada ibu.[7] Istilah ini berbeza dengan keguguran, yang merupakan kehilangan janin pada awal peringkat kehamilan, dan kelahiran hidup yang melibatkan bayi dilahirkan dalam keadaan hidup, walaupun ia mungkin mati selepas itu.[7]
Lahir mati | |
---|---|
Nama lain | Kelahiran mati, kematian janin, mati dalam kandungan |
Ultrabunyi seringkali digunakan untuk mendiagnosis keadaan lahir mati dan keadaan-keadaan perubatan yang meningkatkan risiko lahir mati. | |
Pengkhususan | Obstetrik |
Gejala | Kematian janin pada atau selepas 20 / 28 minggu kehamilan[1][2] |
Punca | Selalunya tidak diketahui, komplikasi kehamilan[1][2][3] |
Usia ibu melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, kehamilan pertama[4] | |
Tiada rasa pergerakan janin, ultrabunyi[5] | |
Rawatan | Pengaruhan proses kelahiran, pendilatan dan pengosongan[6] |
Kekerapan | 2.6 juta (1 per setiap 45 kelahiran)[2] |
sunting |
Selalunya punca lahir mati tidak diketahui.[1] Terdapat pelbagai punca yang berkaitan termasuk komplikasi kehamilan seperti pra-eklampsia dan komplikasi kelahiran, masalah dengan plasenta atau tali pusat, kecacatan kelahiran, jangkitan seperti malaria dan sifilis, serta tahap kesihatan ibu yang kurang baik.[2][3][8] Antara faktor-faktor risiko lain termasuklah umur ibu yang melebihi 35 tahun, merokok, penggunaan dadah, penggunaan teknologi pembiakan berbantu, dan kehamilan pertama.[4] Kelahiran mati mungkin disyaki apabila tiada pergerakan janin dirasai.[5] Pengesahan keadaan bayi dapat dilakukan melalui ultrabunyi.[5]
Pencegahan seluruh dunia bagi kebanyakan kelahiran mati boleh dilakukan dengan penambahbaikan sistem kesihatan.[2][9] Kira-kira separuh daripada kelahiran mati berlaku semasa bersalin, dan hal ini lebih biasa berlaku di negara membangun berbanding negara maju.[2] Selain itu juga, bergantung pada sejauh mana tempoh kehamilan, ubat-ubatan boleh digunakan untuk memulakan kelahiran, ataupun sejenis pembedahan yang dikenali sebagai "pendilatan dan pengosongan" boleh dijalankan.[6] Selepas kelahiran mati, wanita berisiko lebih tinggi untuk kelahiran mati pada kandungan seterusnya; bagaimanapun, kebanyakan kehamilan berikutnya tidak mempunyai masalah yang sama.[10] Kemurungan, kesulitan dari segi kewangan dan keretakan hubungab keluarga merupakan antara beberapa komplikasi yang diketahui yang berlaku selepas peristiwa janin lahir mati.[9]
Di seluruh dunia pada tahun 2015 terdapat kira-kira 2.6 juta kelahiran mati yang berlaku selepas 28 minggu kehamilan (anggaran 1 per 45 kelahiran).[2][11] Perkara ini berlaku paling kerap di negara membangun, terutamanya Asia Selatan dan Afrika Sub-Sahara.[2] Di Amerika Syarikat setiap 167 kelahiran akan ada satu kes kelahiran mati.[11] Kadar kelahiran mati telah menurun, walaupun lebih perlahan sejak tahun 2000-an.[12]
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Stillbirth: Overview". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ a b c d e f g h i j "Stillbirths". World Health Organization (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-02. Dicapai pada 2016-09-29.
- ^ a b "What are possible causes of stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ a b "What are the risk factors for stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ a b c "How is stillbirth diagnosed?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ a b "How do health care providers manage stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ a b Robinson, GE (January 2014). "Pregnancy loss". Best Practice & Research. Clinical Obstetrics & Gynaecology. 28 (1): 169–78. doi:10.1016/j.bpobgyn.2013.08.012. PMID 24047642.
- ^ Lawn, Joy E; Blencowe, Hannah; Waiswa, Peter; Amouzou, Agbessi; Mathers, Colin; Hogan, Dan; Flenady, Vicki; Frøen, J Frederik; Qureshi, Zeshan U (2016). "Stillbirths: rates, risk factors, and acceleration towards 2030". The Lancet. 387 (10018): 587–603. doi:10.1016/S0140-6736(15)00837-5. ISSN 0140-6736. PMID 26794078.
- ^ a b "Ending preventable stillbirths An Executive Summary for The Lancet's Series" (PDF). The Lancet. Jan 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-12. Dicapai pada 2016-10-04.
- ^ "Stillbirth: Other FAQs". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ a b "How common is stillbirth?". NICHD. 23 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
- ^ Draper, Elizabeth S.; Manktelow, Bradley N.; Smith, Lucy; Rubayet, Sayed; Hirst, Jane; Neuman, Melissa; King, Carina; Osrin, David; Prost, Audrey (2016-02-06). "Stillbirths: rates, risk factors, and acceleration towards 2030". The Lancet (dalam bahasa English). 387 (10018): 587–603. doi:10.1016/S0140-6736(15)00837-5. ISSN 0140-6736. PMID 26794078. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-28. Dicapai pada 2019-08-02.CS1 maint: unrecognized language (link)