Laga kemuncup
Laga kemuncup ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Laga kemuncup ialah permainan tradisional yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berpasangan atau lebih.
Pemain | 2 atau lebih (berpasangan) |
---|---|
Julat umur | tiada had |
Masa penyediaan | - |
Masa permainan | tiada had |
Peluang rawak | Rendah |
Kemahiran yang diperlukan | merancang, mengumpan |
Permainan Laga kemuncup cuma memerlukan rumput kemuncup yang berbuah. Permainan ini sering dimainkan di halaman rumah di mana terdapat banyak kemuncup untuk dimainkan. [1]
Cara permainan
suntingPara pemain akan duduk menghadap secara berpasangan. Apabila bermula, para pemain mula mengacah dan memutarkan kemuncup yang digeselkan pada kemuncup lawan. Apabila kedua kemuncup bertaut, ia akan ditarik dan pemain yang kemuncupnya putus atau loroh dianggap kalah.